web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilik Kelab Komedi Cabar Keputusan DBKL Batal Lesen Perniagaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 4:13PM

Pemilik memohon deklarasi bahawa keputusan dibuat DBKL dan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut bertentangan dengan undang-undang. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut dan tidak membenarkan mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di ibu kota buat selama-lamanya.

Mohamad Rizal dan Shankar selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Nov lepas dengan menamakan DBKL, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Kementerian Wilayah Persekutuan dan kerajaan sebagai responden pertama hingga kelima.

Peguam M. Pravin, yang mewakili kedua-dua pemohon ketika dihubungi hari ini mengesahkan memfailkan permohonan itu dan memaklumkan 26 Jan ini ditetapkan untuk pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh.

Pemilik berkenaan memohon deklarasi bahawa keputusan dibuat DBKL dan Datuk Bandar Kuala Lumpur itu untuk membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut bertentangan dengan undang-undang selain memohon deklarasi keputusan oleh Jalaluddin dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk melarang mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya walaupun di bawah nama dan syarikat lain, adalah tidak berperlembagaan.

Selain itu, mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan yang dibuat itu atas alasan pemohon mempunyai hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk berniaga dengan lesen sah di Kuala Lumpur.

Kedua-dua pemohon menerusi afidavit sokongan mereka berkata, pada 17 Ogos tahun lepas, Jalaluddin membuat kenyataan bahawa Jawatankuasa Perlesenan DBKL bermesyuarat dan memutuskan untuk membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut berkuat kuasa 30 Julai tahun sama selain pemilik-pemilik kelab komedi itu disenaraihitamkan untuk mendaftar lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selamanya.

Dakwa mereka, keputusan dibuat oleh responden-responden menjejaskan kedudukan serta kepentingan pemohon-pemohon secara teruk sebagai pemilik-pemilik kelab komedi tersebut dan sebagai usahawan selain mendakwa mereka tidak pernah menerima sebarang notis atau surat rasmi daripada pihak DBKL berhubung keputusan berkenaan.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Hasniah Ab Razak menetapkan 20 Jan ini untuk keputusan representasi dikemukakan Mohamad Rizal bagi menggugurkan tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi Facebook, Instagram dan TikTok dihadapinya.

Nor Hasniah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Christopher Enteri Mawan memaklumkan kepada mahkamah hari ini bahawa keputusan representasi itu, yang difailkan pada 12 Dis tahun lepas, masih belum diperoleh pihak pendakwaan.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan itu, Mohamad Rizal, 40, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.

Ketiga-tiga hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ di sini, pada 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lepas.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad