web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir: 4 Jalan Terputus Hubungan, 45 Orang Dipindahkan Di Ranau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 9:38AM

Hingga 8 pagi ini seramai 45 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke PPS (pusat pemindahan sementara) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Empat jalan terputus hubungan di daerah Ranau akibat kejadian hujan lebat berterusan dan banjir pada petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan jalan utama yang menghubungkan Kota Kinabalu-Sandakan di Km179.308 telah ditutup serta-merta akibat banjir.

Kenyataan itu memberitahu Jalan Marakau-Kinapulidan-Kigiuk, dan Jalan Libang-Marakau juga ditutup disebabkan banjir, manakala Jalan Kituntul Lama ditutup kerana tanah runtuh.

“Hujan berterusan lebih tiga jam telah menyebabkan beberapa kawasan kampung di daerah ini telah dinaiki air iaitu Kampung Libang, Kituntul dan Marakau.

“Susulan itu, hingga 8 pagi ini seramai 45 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke PPS (pusat pemindahan sementara) di PPS Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau yang dibuka pada 12.45 tengah malam tadi,” menurut kenyataan itu.

Enam lokasi di daerah itu telah dikenal pasti sebagai lokasi berisiko di daerah Ranau iaitu Kampung Libang, Marakau, Kituntul, Silou, Lasing dan Bahab.

“Pemantauan pada pagi ini mendapati kejadian banjir sudah semakin surut,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dalam kenyataan berasingan memberitahu pengguna Jalan Kota Kinabalu-Sandakan boleh menggunakan dua jalan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.

"Kenderaan kecil boleh menggunakan Jalan Sinarut Baru-Togudon Baru, manakala kenderaan berat di Jalan Marak Parak-Kota Marudu-Kota Kinabalu," menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad