web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terima Kemasukan Pengembara China Secara Beransur-Ansur, Elak Penularan Kes Import

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 6:18PM

Semua langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkan lonjakan kes. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disyorkan menerima kedatangan pelancong China secara berperingkat, dan hanya melonggarkan prosedur itu apabila situasi COVID-19 di republik berkenaan semakin pulih.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, kaedah tersebut disyorkan sebagai langkah berjaga-jaga tambahan untuk mengelak kes import virus berbahaya itu menular dalam negara.

Menurut beliau, MMA turut menyarankan kerajaan menetapkan syarat hanya pengembara yang mendapat vaksin sepenuhnya dari China dengan keputusan ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (PCR RT) negatif, dibenarkan memasuki negara ini.

“Apabila tiba di pintu masuk atau dalam masa 24 jam, pengembara terbabit perlu menjalani pemeriksaan Antigen RTK profesional untuk COVID-19.

“Perkara yang sama juga harus dilakukan untuk pelancong dari negara lain yang mengalami peningkatan ketara dalam kes COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, walaupun varian COVID-19 yang utama di China sudah dikesan di Malaysia, semua langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkan lonjakan kes.

“Kami merasakan lebih banyak perlu dilakukan untuk mencegah kes import COVID-19. Kami bimbang dengan kekurangan tenaga kerja di kemudahan penjagaan kesihatan awam, sekiranya kes kemasukan ke hospital dan ICU mula meningkat.

“Apa yang penting ialah dapatkan dos penggalak apabila tiba masanya dan memakai pelitup muka apabila berada di ruang tertutup yang sesak. Juga, amalkan dan kekalkan gaya hidup sihat kerana ia menguatkan pertahanan anda terhadap penyakit berjangkit,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan dengan menetapkan semua pengembara yang tiba dari luar negara, termasuk China perlu melalui saringan demam di pintu masuk antarabangsa dan sekiranya dikesan bergejala, akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

Pemantauan di pintu masuk juga diperkukuh dengan pengambilan sampel air kumbahan daripada pesawat yang datang dari negara China dan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR, sebelum dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19.

Namun hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan kemasukan pengembara asing ke Malaysia akan dikawal dengan lebih ketat tanpa menjuruskan kepada mana-mana negara, termasuk yang mempunyai kadar kes COVID-19 yang tinggi seperti China dan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, masalah kesihatan rakyat adalah perkara paling utama, justeru aspek pelancongan serta pertumbuhan ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat daripada segi wabak serta jangkitan, termasuk COVID-19.

Atas faktor ini katanya, pemantauan terhadap kemasukan pengembara itu akan terus dipantau secara telus tanpa melonggarkan syarat yang ditetapkan, antaranya pengesanan suhu badan.

“Sekarang kita tidak ambil pendirian untuk mendiskriminasi mana-mana negara kerana kalau dilihat kadar jangkitan di China seperti yang diuar-uarkan, kita juga tahu kematian di AS juga tinggi, begitu juga dengan beberapa negara lain.

“Kita ambil tindakan menyelamatkan rakyat kita. Jadi, sesiapa saja yang masuk harus dipantau dan dikenakan syarat sama,” katanya.

Sebelum ini, lonjakan ketara jangkitan virus itu di China mengundang kegusaran ramai pihak, termasuk rakyat Malaysia yang mahu kerajaan mengambil langkah kawalan terbaik seperti melakukan ujian saringan COVID-19 sebaik pengembara tiba di pintu sempadan negara.

Ini susulan keputusan China untuk membuka semula sempadannya pada 8 Januari ini.

Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) juga menjangkakan ketibaan sejuta pelancong republik itu ke negara ini. - Getaran, 4 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar