Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Doktor Cabul Pesakit Harus Digantung Tugas, 'Bagaimana Boleh Rawat Tanpa Peneman'

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 9:06AM

Gambar hiasan pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes penahanan seorang doktor akibat didakwa mencabul pesakit wanita di hospital awam di Kuching, Sarawak, baru-baru ini, bukan sahaja mencalarkan imej pegawai perubatan dan sistem kesihatan negara, malah mencetuskan persoalan bagaimana ia boleh berlaku di sebalik etika kerja ketat ditetapkan kerajaan.

Justeru, Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berpendapat, kejadian itu menunjukkan wujud kelemahan dan salah guna kuasa dalam kalangan golongan tenaga kerja profesional berkenaan yang tidak mematuhi peraturan tugas.

Katanya, apa yang menjadi isu adalah bagaimana doktor tersebut dibenarkan melakukan pemeriksaan secara bersendirian di bilik rawatan, tanpa ditemani ‘caperon’, iaitu jururawat atau ahli keluarga lebih berusia yang wajib menemani pesakit ketika menerima rawatan.

 Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

“Dari segi etika kita (doktor) bekerja, sama ada lelaki atau wanita, memang tidak dibenarkan bersama pesakit berbeza jantina secara bersendirian, mesti ada caperon.

“Sebagai contoh jika pemeriksaan dilakukan ke atas kanak-kanak perempuan, kena ada ahli keluarga atau jururawat perempuan.

“Bila ‘orang ketiga’ ini ada, gangguan seksual atau cabul itu susah berlaku sebab ada saksi bersama mereka. Dalam kes di Sarawak ini, memang kesilapan doktor kerana dia buat rawatan tanpa caperun, malah berani melakukan pemeriksaan berdua bersama pesakit,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata, sebagai pegawai perubatan, mereka seharusnya mempamerkan perlakuan mulia dan profesional dalam melindungai keselamatan serta kepercayaan pesakit, selain tidak melakukan perbuatan menjijikkan.

Namun, katanya, daripada apa dilaporkan mengenai kes itu, kelemahannya adalah tiada pemantauan dan etika dalam diri doktor tersebut biarpun sebagai pegawai perubatan bertauliah, individu terbabit pasti mengetahui perbuatan terbabit adalah salah.

“Mereka (doktor) ini sudah pun diajar mengenai etika sejak menuntut dalam pengajian itu lagi,” katanya.

Dr Sharifa Ezat berkata, umpama ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’, kejadian itu sudah pasti menimbulkan kegusaran masyarakat untuk melakukan rawatan dan mempercayai profesion doktor.

“Ia susulan mereka bimbang sekiranya menjadi mangsa perlakuan tidak bermoral doktor, termasuk cabul,” katanya.

Ditanya mengenai bentuk hukuman wajar dikenakan terhadap doktor yang membelakangkan etika seperti itu, beliau berkata, wujud keperluan menamatkan segera perkhidmatannya dan dikenakan tindakan tegas.

Jelasnya, ia sebagai pengajaran kepada pelbagai pihak mengenai bagaimana Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius dan tidak berkompromi dengan perbuatan gangguan seksual.

Secara peribadi, ujarnya, beliau sangat terkesan apabila mengetahui mengenai kejadian itu kerana sepatutnya kes seperti gangguan seksual atau cabul tidak berlaku.

“Saya semestinya bersetuju tindakan maksimum dikenakan terhadap doktor itu.

“Beliau perlu diberhentikan kerja sekiranya terbukti bersalah, malah tidak boleh berkhidmat lagi sebagai doktor disebabkan kemungkinan mengulangi perbuatannya terhadap pesakit lain,” katanya.

Kamal Affandi Hashim - Gambar dari Instagram
Kamal Affandi Hashim - Gambar dari Instagram

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim senada bahawa tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pelaku sekiranya mempunyai bukti, namun keputusan mengenai kebenaran dan hukuman adalah bergantung kepada siasatan pihak berkuasa.

Menurutnya, tingkah laku penjawat awam adalah tertakluk kepada beberapa siri kawalan, termasuk Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 

Jadi, beliau berkata, sekiranya terdapat keadaan yang konsisten dengannya, sebarang tindakan paling wajar harus diambil ke atas doktor itu, termasuk penggantungan tugas.

Kamal Affandi berkata, institusi perubatan awam itu digesa memperkasakan sistem keselamatan dalam melindungi pesakit menerusi pemasangan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Tegasnya, pemasangan alat itu mampu menjadi bukti sahih sekiranya berlaku perbuatan tidak bermoral ketika proses rawatan.

“Tanpa prejudis kepada kes sedang disiasat ini, saya berpendapat risiko bagi kejadian seperti itu, boleh diurus dengan pemasangan CCTV di sudut tertentu.

“Sebenarnya, sudah ada protokol diperkenal bagi mengelak keadaan sedemikian di mana pesakit wanita tidak boleh diperiksa secara bersendirian.

“Malangnya ia tidak dipatuhi dan ini amat menyukarkan keadaan apabila berlaku percanggahan keterangan antara dua individu di situ. Kita tidak tahu pihak dituduh melakukannya dengan sengaja atau tidak, manakala individu yang merasa menjadi mangsa juga pasti mahu pembelaan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, seorang pegawai perubatan lelaki berusia 28 tahun ditahan polis selepas dipercayai mencabul pesakit wanita di sebuah pusat perubatan di sini, Khamis lalu.

Penahanan suspek dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Kuching pada kira-kira jam 5.30 petang hari sama kejadian itu, selepas mangsa berusia 34 tahun, membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Mangsa mendakwa suspek mencabul kehormatannya ketika dia menjalani prosedur pemeriksaan secara bersendirian di dalam bilik rawatan.

Sekiranya sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Manakala, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak menegaskan, pihaknya memandang serius berhubung dakwaan berkaitan kod etika profesional seorang pengamal perubatan.

Pengarahnya, Dr Ooi Choo Huck berkata, jabatan itu juga memandang serius dakwaan mengenai status mereka sebagai penjawat awam.

Jabatan itu juga, katanya, sentiasa memandang berat dan mengutamakan keselamatan pesakit yang menerima rawatan di semua fasilitinya di negeri berkenaan.

Berhubung dakwaan doktor mencabul pesakit terbabit, tegasnya, JKN Sarawak berharap kejadian itu tidak menjejaskan penerimaan perkhidmatan rawatan dalam kalangan orang ramai. - Getaran, 3 Januari 2022.

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

oleh Wartawan Getaran

Politik 23 jam yang lalu

Tidak Turun Bantu Kempen, Ke Mana June Leow Menghilang?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Bintang Selangor FC, Faisal Halim Disimbah Asid

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 minit yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung