web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemasukan Pelancong China: MATTA Minta Berhenti Beri Reaksi Keterlaluan, Yakini Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 3:29PM

MATTA menyifatkan gesaan langsung untuk kerajaan menutup sempadan negara kepada pelancong China pada peringkat awal ini adalah tidak rasional dan tidak bertanggungjawab. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa pihak tertentu, supaya berhenti menunjukkan tindakan dan reaksi keterlaluan berhubung isu China membenarkan semula rakyatnya melakukan perjalanan keluar negara, termasuk ke Malaysia.

Menurut Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang, pihaknya menaruh kepercayaan penuh kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menguruskan kedatangan pelancong China, seperti dilakukan terhadap warganegara lain yang masuk ke negara ini.

Katanya, gesaan langsung untuk kerajaan menutup sempadan negara kepada pelancong China pada peringkat awal ini, adalah tidak rasional dan tidak bertanggungjawab.

Tan Kok Liang - Gambar Bernama
Tan Kok Liang - Gambar Bernama

“Sejak pembukaan semula sempadan kita pada awal 2022, negara mencapai kemajuan stabil, positif ke arah pemulihan.

“Sebarang reaksi mengejut untuk memperkenalkan semula sekatan tanpa perancangan betul, berisiko membatalkan semua (apa) yang kita capai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keputusan kerajaan menguruskan kemasukan rakyat negara luar itu, harus mengimbangi kesihatan dan kesejahteraan rakyat serta reputasi Malaysia sebagai destinasi selamat, selain kesan ekonomi daripada dasarnya dalam perkara ini.

“Ia juga mesti menanda aras dengan amalan global semasa sambil mempertimbangkan kapasiti dan batasannya sendiri daripada tunduk kepada kumpulan lobi,” katanya.

Kok Liang berkata, data daripada Tourism Malaysia menunjukkan bahawa 3.1 juta pelancong China melawat Malaysia pada 2019.

Menurutnya, ia menjadikan kemasukan itu sebagai pasaran sumber ketiga terbesar negara untuk ketibaan antarabangsa.

Pada masa sama, beliau berkata, anggaran awal menunjukkan 1.2 juta rakyat China akan masuk ke Malaysia pada 2023 yang dijangka menjana kira-kira RM 3.6 bilion dalam penerimaan pelancongan.

“Harus diingat bahawa pengembara China tidak akan tiba serentak dan membolehkan kerajaan memantau dan menguruskan keadaan semasa.

“Malah, persatuan pengembaraan kebangsaan akan memberikan maklum balas bagi membantu kerajaan menangani dan menguruskan proses ini apabila ia berlaku,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, China memansuhkan syarat kuarantin wajib bagi ketibaan luar negara mulai 8 Januari ini, sekali gus membuka semula sempadannya selepas hampir tiga tahun ia ditutup berikutan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, ia mencetuskan kebimbangan masyarakat, termasuk dalam kalangan rakyat luar apabila berlaku lonjakan ketara kes COVID-19 di negara berkenaan, baru-baru ini.

Antaranya Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) yang menggesa kerajaan menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian COVID-19 di negara berkenaan reda.

Presidennya, Datuk Dr Mohd Khalid Harun dilaporkan berkata, lonjakan ketara kes COVID-19 di China, meningkatkan lagi potensi risiko kemunculan varian baharu, sekali gus membimbangkan rakyat Malaysia, termasuk pemain industri pelancongan.

Pakar kesihatan awam di negara ini turut dilaporkan meminta kerajaan tidak perlu terburu-buru menerima kedatangan pengembara dari China, terutama pelancong sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan COVID-19 secara besar-besaran di Malaysia.

Tegasnya, kerajaan perlu terlebih dahulu melihat perkembangan semasa berkaitan jangkitan wabak itu bagi mengelakkan kemasukan varian belum pernah ditemui, seterusnya boleh memudaratkan negara.

“Kemungkinan untuk varian baharu masuk ke dalam negara adalah tinggi, tambahan pula kita menghampiri musim perayaan (Tahun Baharu Cina), jadi susah untuk kita mengawal pergerakan.

“Jadi, kerisauan di sini adalah jika mereka membawa kes itu ke Malaysia bersama-sama varian baharu yang kita tidak kenal pasti lagi,” katanya. – Getaran, 2 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad