web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Jika Gagal Kawal Emosi, Tak Profesional Dia Tak Layak Jadi Jurulatih’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 9:37AM

Young Syefura Othman berkata, jika seseorang jurulatih gagal mengawal emosi dan bersikap profesional terhadap anak didiknya, dia tidak layak untuk menjadi jurulatih - Gambar Media Sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman mengecam tindakan jurulatih skuad bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang tular kerana menampar dua pemainnya berikutan prestasi kurang memuaskan pada satu kejohanan di Johor, bulan lalu.

Menurut beliau, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dan perlu dihentikan segera daripada menjadi budaya dalam sukan di negara ini.

“Saya memandang serius insiden ini. Ia perlu dihentikan dengan segera. Kekerasan tidak menjamin prestasi cemerlang seseorang atlet, bahkan akan memberikan tekanan yang akhirnya akan memberikan impak kepada mental mereka.

“Sukan adalah satu bidang yang sihat. Kita tidak boleh membiarkan budaya begini menular dalam sukan. Menjadi adat pertandingan ada kalah dan menang,” katanya dalam kenyataan.

Tegas beliau, sebagai seorang jurulatih, individu terbabit sepatutnya menerima apa sahaja keputusan dengan terbuka, malah menjadikan ia sebagai satu panduan untuk melatih dan mengenal pasti kelemahan pasukan.

Katanya, jika seseorang jurulatih gagal mengawal emosi dan bersikap profesional terhadap anak didiknya, dia tidak layak untuk menjadi jurulatih.

“Saya berterima kasih atas keprihatinan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang segera menghubungi Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq mengenai hal ini.

“Saya berharap agar tindakan tegas dikenakan ke atas jurulatih ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk mengasari pemainnya, apa tah lagi pemain itu seorang remaja perempuan bawah umur,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman video memaparkan tindakan jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar dua pemainnya, tular dalam media sosial.

Kejadian dipercayai berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja B-14 (Bawah 14 Tahun) 2022 kategori perempuan pada 16 Disember lalu.

Dalam video disiarkan secara penstriman langsung menerusi Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya ketika perlawanan menentang Johor.

Susulan itu, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dilaporkan mengambil tindakan tegas menggantung sementara jurulatih terbabit.

MAVA dalam satu kenyataan, semalam, berkata pihaknya akan menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat insiden itu dengan segera. - Getaran, 2 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad