Berita Terkini

19 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Cabul, Gangguan Seksual Oleh Doktor Makin Berleluasa, Lelaki Juga Tidak Terkecuali 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 7:03AM

Pendedahan kes seperti ini menunjukkan wujud 'sisi gelap' dan menakutkan dalam kalangan individu bergelar doktor - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan penangkapan seorang doktor perubatan selepas dipercayai mencabul pesakit wanita di sebuah institusi perubatan awam di Kuching, Sarawak. 

Pendedahan kes seperti ini menunjukkan wujud 'sisi gelap'  dan menakutkan dalam kalangan individu bergelar doktor, yang seharusnya mempamerkan perlakuan mulia susulan kepercayaan diberikan masyarakat kepada mereka.

Lebih membimbangkan, perbuatan mencabul dan gangguan seksual oleh pengamal perubatan bukan kes baharu, malah perbuatan menjijikkan ini turut dilakukan oleh doktor Malaysia yang menetap di luar negara.

Khamis lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan seorang pegawai perubatan lelaki berusia 28 tahun ditahan polis selepas dipercayai mencabul pesakit wanita. 

Menurut beliau, suspek ditahan kira-kira jam 5.30 petang pada hari sama oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuching, sebaik mereka menerima laporan daripada mangsa berusia yang 34 tahun itu.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching telah menangkap seorang suspek, lelaki tempatan di Balai Polis Sentral Kuching yang juga bekerja di institusi perubatan berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 29 Disember, apabila suspek telah mengambil kesempatan untuk mencabul kehormatan mangsa ketika menjalankan prosedur pemeriksaan secara bersendirian di dalam bilik rawatan,” katanya. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat bertindak segera dalam menangani isu tersebut apabila laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak, kelmarin. 

Pengarah JKN Sarawak, Dr Ooi Choo Huck berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan pegawai dan kakitangan yang melanggar etika sebagai penjawat awam.

Beliau menerusi kenyataan media menegaskan, JKN Sarawak sentiasa mengutamakan keselamatan pesakit yang menerima rawatan di semua fasiliti kerajaan di negeri itu.

"JKN Sarawak memandang serius dakwaan yang menyentuh kod etika profesional pengamal perubatan sebagai penjawat awam.

"Saya juga mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat berkaitan kes seorang pegawai perubatan yang didakwa mencabul seorang pesakit pada 29 Disember lalu dan polis sudah membuat satu tangkapan," katanya. 

Lebih membimbangkan, perbuatan mencabul dan gangguan seksual oleh pengamal perubatan bukan kes baharu, malah perbuatan menjijikkan ini turut dilakukan oleh doktor Malaysia yang menetap di luar negara - Gambar Hiasan
Lebih membimbangkan, perbuatan mencabul dan gangguan seksual oleh pengamal perubatan bukan kes baharu, malah perbuatan menjijikkan ini turut dilakukan oleh doktor Malaysia yang menetap di luar negara - Gambar Hiasan

 

Doktor Gigi Dipaksa Seks Oral Depan Pegawai

Antara kes cabul dan gangguan seksual pernah dilaporkan ialah pada 7 Disember 2020, melibatkan seorang doktor gigi wanita yang dipaksa oleh pegawai pergigian untuk melakukan seks oral ketika bertugas.

Bagaimanapun, suspek berusia 32 tahun yang berstatus duda itu berjaya ditahan di rumah keluarganya di Kampung Tanjung Putat, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 8 Mei 2021.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada seorang wanita berusia 31 tahun yang diganggu secara seksual oleh suspek.

“Mangsa yang telah berumah tangga turut mendakwa dia dipaksa melakukan seks oral oleh suspek ketika sedang bertugas pada jam 5.10 petang. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 dan Seksyen 377C akta sama," katanya. 

 

39 Doktor Jadi Mangsa Seksual Ketua Jabatan

Perbuatan menjijikkan itu juga turut melibatkan doktor pelatih sebagai mangsa apabila hampir dicabul oleh Ketua Jabatan Ortopedik sebuah hospital awam di Lembah Klang pada 2018.

Malah, selain doktor pelatih, ketua jabatan berkenaan juga turut didakwa melakukan gangguan seksual terhadap sekurang-kurangnya 38 individu lain.

Perkara itu tular selepas seorang doktor pelatih yang dikenali sebagai Michelle mendedahkan, beliau dipanggil oleh ketua jabatannya sebelum tamat tempoh kerja syif panjang atas sebab urusan kerja. 

"Dia kemudian merangkul saya dan mula membuka butang baju serta mencium bibir saya. Dia kata dia mahu memberikan 'restu'. Saya menolaknya dan berlari keluar dari bilik tersebut.

"Saya terkejut dan tertekan. Saya menangis dan berasa jijik," katanya. 

Malah, Michelle mendedahkan sepanjang bertugas di hospital itu, doktor tersebut kerap menyentuhnya sesuka hati selain pernah meminta dia menemaninya keluar minum.

Perbuatan menjijikkan itu tidak senyap begitu sahaja, sebaliknya kerajaan pantas bertindak apabila menubuhkan badan penyiasatan bebas.

Susulan siasatan, ketua jabatan tersebut telah ditamatkan perkhidmatan sebagai doktor berkuatkuasa pada 14 November 2018.

Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, badan penyiasatan ditubuhkan agar kajian terperinci mampu dilaksanakan untuk mencari bukti kukuh terhadap dakwaan kes seksual dalam kalangan doktor. 

Sebuah badan penyiasatan pernah ditubuhkan dahulu oleh Dr Dzulkefly Ahmad agar kajian terperinci mampu dilaksanakan untuk mencari bukti kukuh terhadap dakwaan kes seksual dalam kalangan doktor - Gambar Hiasan
Sebuah badan penyiasatan pernah ditubuhkan dahulu oleh Dr Dzulkefly Ahmad agar kajian terperinci mampu dilaksanakan untuk mencari bukti kukuh terhadap dakwaan kes seksual dalam kalangan doktor - Gambar Hiasan

 

Doktor Malaysia Buat Gangguan Seksual di Australia

Kes sedemikian malangnya tidak hanya terhad di dalam negara, apabila perbuatan tidak bermoral itu turut dilakukan oleh doktor warganegara Malaysia di Melbourne, Australia. 

Pada 2012, Mahkamah Majistret Elizabeth di Adelaide mensabitkan seorang doktor Malaysia atas dua tuduhan melakukan serangan seksual ke atas pesakit wanitanya di Australia Selatan.

Mahkamah mendapati Dr Mohd Zaki Ibrahim, melakukan kesalahan itu pada 31 Mac 2010 dan 16 Julai tahun yang sama.

Majistret Greg Fisher menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara, gantung kerja selama dua tahun dan diikat jamin berkelakuan baik ke atas suspek. 

Mohd Zaki, seorang penuntut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dipercayai telah bekerja di sebuah bandar di kawasan desa di Australia Selatan sebelum berpindah bersama keluarganya ke Elizabeth, di pinggir bandar Adelaide. 

 

4 Lelaki Jadi Mangsa Cabul Doktor Malaysia

Lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa apabila seorang doktor warga Malaysia dilaporkan mencabul pesakitnya di sebuah klinik di Hastings, New Zealand.

David Kang Huat Lim, disabitkan kesalahan pencabulan seksual terhadap empat pemuda ketika dibius pada 2014 semasa mendapatkan rawatan penyakit ringan yang mereka alami, di sebuah klinik di Hastings.

Kesemua empat mangsa, yang dibius menggunakan Midazolam, memberitahu Mahkamah Daerah Napier pada 2017 bahawa ketika sedar, doktor berkenaan didapati sedang meraba alat sulit mereka.

Huat Lim yang kini mengakui dirinya bertukar jantina menjadi wanita, dikenakan perintah pengusiran di akhir hukuman penjara lima tahun pada 1 Jun lalu dan masih menafikan tuduhan terhadapnya, lapor New Zealand Herald.

Bagaimanapun, suspek tersebut telah pun dihantar pulang ke Malaysia pada 5 Ogos lalu selepas menjalani hukuman penjara di North Island. 

Doktor kelahiran Malaysia itu berpindah ke New Zealand pada 2006 dan sebelum ini, pernah menjalani latihan sebagai doktor di Scotland selain menjadi pendaftar di Hospital Hawke's Bay di Hastings, New Zealand, selama tiga tahun.

Pendaftaran David Lim untuk berkhidmat sebagai doktor di New Zealand turut dibatalkan dan diarah menjalani hukuman penjara lima tahun pada Ogos 2017 selepas perbicaraan selama 10 hari. - Getaran, 2 Januari 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Cabul Murid Darjah 1, Pengawal Keselamatan Sekolah Ditahan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sarjan Wanita Didakwa Terima Suapan RM3,000 Bagi Tutup Kes Cabul

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelajar Ditahan Bantu Kes Cabul 14 Pelajar OKU

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

NGO Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli KKB

oleh Noel Achariam

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Pinggirkan Orang Asli Di KKB – Penduduk

oleh Noel Achariam

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Peribadi Ditembak Di KLIA Sudah Sedar

Semasa 19 jam yang lalu

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

oleh Diyana Nawwar