web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ambil Langkah Segera, Lindungi Rakyat Daripada Varian Baharu COVID-19 - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 9:41AM

Muhyiddin Yassin juga berkata, segala kesukaran yang dialami harus dijadikan bekalan untuk memperkuat semangat dalam menghadapi masa depan dengan lebih berjaya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mengambil langkah segera untuk memastikan rakyat selamat daripada ancaman varian baharu COVID-19, yang sudah mula dikesan di beberapa negara.

Serentak dengan itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat juga perlu mematuhi saranan dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menghindari jangkitan.

Menurut beliau, ia termasuk pengambilan suntikan dos penggalak untuk mencegah komplikasi lebih serius sekiranya dijangkiti.

“Jaga diri, jaga kesihatan, terutamanya dalam keadaan jangkitan COVID-19 yang masih berlaku di dalam komuniti kita,” katanya menerusi perutusan Tahun Baharu di Facebook.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengakui, beliau sedar dengan keperitan hidup rakyat akibat ancaman COVID-19 sejak dua tahun lalu, malah masih ramai yang masih bergelut dengan peningkatan kos sara hidup serta masalah lain.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, rakyat bagaimanapun tidak boleh berputus asa dan lemah semangat, kerana ini adalah masa untuk semua bingkas bangun dengan lebih tangkas.

“Saya percaya dalam tempoh pemulihan ini peluang ada di mana-mana untuk kita memajukan diri dan keluarga asalkan kita sanggup berusaha. 

“Jatuh bangun dalam hidup adalah perkara biasa. Yang penting bukan bagaimana kita jatuh, tetapi bagaimana kita mengumpul kekuatan untuk bangkit semula dan melangkah ke hadapan dengan yakin dan gagah untuk mengejar impian kita,” tegasnya.

Jelas beliau, segala kesukaran yang dialami harus dijadikan bekalan untuk memperkuat semangat dalam menghadapi masa depan dengan lebih berjaya.

“Yang penting jangan putus asa dalam menggapai impian kita, terutama sekali anak-anak muda yang masih mempunyai perjalanan hidup yang jauh. 

“Yakinlah dengan potensi diri dan sentiasalah berusaha untuk memperbaiki pencapaian anda. The sky is your limit. You can achieve anything if you want to,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin turut menggesa kerajaan segera melaksanakan langkah untuk meringankan beban rakyat, khususnya dalam menghadapi suasana ekonomi yang dijangka lebih mencabar.

“Golongan yang miskin semakin bertambah akibat kesempitan hidup. Lebih 60 peratus penduduk negara kita sebenarnya tergolong dalam kumpulan miskin dan berpendapatan rendah. Mereka memerlukan pembelaan segera daripada kerajaan. 

“Saya menggesa supaya Perdana Menteri segera memberi tumpuan kepada perkara penting ini menerusi langkah-langkah yang mesti diputuskan oleh Majlis Kos Sara Hidup Kebangsaan dan dilaksanakan oleh agensi kerajaan berkaitan,” katanya. - Getaran, 1 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad