web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah Warga Malaysia Lemas Di Bali Tiba Di KLIA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 7:02AM

Semasa kejadian di Diamond Beach di Pulau Nusa Penida mangsa dikatakan cuba menyelamatkan dua orang pelancong asing yang bergelut dalam air akibat ombak besar dan arus kuat - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jenazah seorang pelancong Malaysia yang lemas di Bali, Indonesia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.15 malam ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Jumaat, mangsa dihanyutkan arus kuat pada pukul 2.50 petang Selasa (27 Disember) dan ditemui pada keesokannya. 

Semasa kejadian di Diamond Beach di Pulau Nusa Penida mangsa dikatakan cuba menyelamatkan dua orang pelancong asing yang bergelut dalam air akibat ombak besar dan arus kuat.

Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah memberikan bantuan konsular sewajarnya bagi memudahcara pengurusan jenazah, termasuk penyelarasan dengan pihak berkuasa tempatan untuk membolehkan jenazah dibawa pulang dengan segera.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian itu juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap agar pihak keluarga tabah dalam mengharungi masa-masa sukar ini.

Sementara itu, menurut laporan media tempatan di Bali, saksi yang melihat kejadian terus melaporkannya kepada pihak berkuasa yang memulakan usaha mencari dan menyelamat dengan segera.

Bagaimanapun, usaha menyelamat pada Selasa terpaksa dihentikan selepas seketika kerana ombak berbahaya selain cuaca buruk dan hari semakin gelap. Operasi mencari disambung semula keesokannya dan mayat mangsa ditemui pada pukul 10.10 pagi , enam batu nautika daripada tempat beliau hilang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad