web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sidang Parlimen Mula 13 Februari, PM Bentang Belanjawan 24 Februari - Speaker

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 4:12PM

Johari Abdul - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari pada Sidang Pertama Parlimen ke-15, tahun depan.

Mengesahkan perkara itu kepada Bernama, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memaklumkan belanjawan itu akan dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada sidang Dewan Rakyat bermula pada 13 Februari.

“Ya benar, Bajet 2023 akan dibentang pada 24 Februari depan...secara keseluruhan, proses pembentangan bajet dan perbahasan termasuk urusan jawatankuasa serta dasar akan mengambil masa 21 hari.

“Notis Mesyuarat Pertama akan dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat Dr Nizam Mydin Bacha Mydin untuk edaran kepada Ahli-Ahli Parlimen kelak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Johari berkata persidangan Dewan Rakyat dijadualkan bermula pada 13 Februari dengan istiadat pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong dan persidangan itu berlangsung selama 29 hari turut melibatkan urusan-urusan kerajaan yang lain.

Johari berkata sidang Parlimen selama dua hari pada 19 dan 20 November lepas masing-masing bagi melaksanakan undi percaya terhadap Anwar bagi mengesahkan keabsahannya sebagai Perdana Menteri selain pembentangan peruntukan khas atau Bajet Mini.

Dewan Rakyat kemudiannya meluluskan peruntukan khas itu bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650 merangkumi bayaran gaji kepada penjawat awam, utiliti, biasiswa, bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

Sebelum ini, Belanjawan 2023 telah dibentangkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 7 Oktober lepas sebelum Dewan Rakyat dibubarkan 10 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad