web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PBM Larang Ahli Sertai MN, Keahlian Dibatal Jika Ingkar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 4:04PM

Mana-mana ahli PBM yang menyertai MN akan digantung dan dibatalkan keahlian mereka. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) melarang ahlinya menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN).

Presiden PBM, Datuk Larry Sng berkata, mana-mana ahli yang menyertai MN akan digantung dan dibatalkan keahlian mereka.

“Selepas mesyuarat Majlis Tertinggi, PBM melarang semua ahli menyertai MN.

“Mereka yang diketahui menyertainya akan digantung keahlian parti mereka dan seterusnya dibatalkan keahlian tersebut,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Larry Sng
Larry Sng

Ahli Parlimen Julau itu berkata, beliau akan menjelajah ke seluruh negara pada Januari ini untuk bertemu pemimpin parti, bagi membincang dan menjelaskan hala tuju parti.

Malah, katanya, pertemuan itu adalah untuk keperluan melantik pengerusi negeri baharu jika perlu.

Pada masa sama, Larry menjelaskan beberapa pendirian utama parti itu, merangkumi keputusannya menyokong Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, ia bermakna parti tersebut menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bersama dengan parti sehaluan, termasuk Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN),  Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan (WARISAN).

“Pihak tersebut merupakan rakan sekutu baharu PBM dan kedudukan kerajaan adalah hala tuju parti,” tegasnya,

Beliau berkata, sebagai parti berasaskan kebangsaan dengan akar yang kuat di Sarawak dan Sabah, tumpuan PBM adalah ke arah usaha membangunkan Malaysia Timur dan mengetengahkan isu dasar di Semenanjung.

“Pada masa ini, kita mempunyai satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita akan mempertahankan dan bekerjasama dengan sekutu kita dalam menjalin pakatan pilihan raya (electoral pact). Usaha menyertai gabungan akan menjadi sesuatu yang perlu diterokai selepas enam bulan, namun perbincangan sedang berjalan,” katanya.

Larry berkata, beliau percaya bahawa langkah tersebut adalah permulaan baru bagi parti berkenaan.

Ujarnya, parti tersebut memerlukan pemimpin bersih dan berpengalaman, selain ikhlas dalam membawa perubahan positif kepada landskap politik negara ini.

“Kami tidak akan membawa masuk pemimpin kontroversi dari parti lain untuk menyertai kepimpinan kami, sebaliknya memupuk pemimpin baharu dari dalam barisan kami.

“Mereka yang tidak berpuas hati untuk kekal dialu-alukan pergi,” katanya. - Getaran, 29 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek