web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kenaikan Tarif 6 Bulan Bagi 656,000 Pengguna Di Sabah, Labuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 6:56PM

ST memaklumkan kerajaan memperuntukkan subsidi RM212.20 juta sepanjang tempoh enam bulan bagi menampung kos penjanaan elektrik untuk memastikan tiada kenaikan tarif berlaku. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lebih 656,000 pengguna elektrik di Sabah dan Labuan tidak akan terlibat dengan kenaikan tarif bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2023 susulan pelaksanaan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT).

Suruhanjaya Tenaga (ST) menerusi kenyataan memaklumkan pengguna domestik dan bukan domestik yang dikecualikan daripada surcaj ICPT terdiri daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam kategori tarif komersial dan industri voltan rendah.

Sementara itu, pengguna bukan domestik di Sabah dan Labuan yang merangkumi kategori tarif voltan rendah, sederhana dan tinggi yang antaranya terdiri daripada komersial dan industri pula akan dikenakan surcaj ICPT secara penuh pada kadar 10.04 sen setiap kilowatt per jam (kWj). 

"Kerajaan memperuntukkan subsidi RM212.20 juta sepanjang tempoh enam bulan itu bagi menampung kos penjanaan elektrik untuk memastikan tiada kenaikan tarif berlaku," menurut ST di sini hari ini. 

ST dalam kenyataan itu memaklumkan semakan ICPT dari 1 Julai hingga 31 Disember ini mendapati berlaku peningkatan dalam kos bahan api dan kos penjanaan elektrik dianggarkan sebanyak RM292.05 juta atau bersamaan dengan surcaj ICPT pada kadar 10.04 sen/kWj

Peningkatan kos itu berikutan kenaikan kos bahan api diesel dan medium fuel oil (MFO) yang merupakan sebahagian daripada bahan api penjanaan elektrik di Sabah dan Labuan selain gas asli yang berpunca antaranya daripada krisis tenaga global di luar kawalan kerajaan.

Dalam satu kenyataan berasingan, ST memaklumkan pengguna domestik di Kulim High Technology Park (KHTP) juga dikecualikan daripada kadar surcaj ICPT dan tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2023.

Sementara itu, surcaj ICPT sebanyak 8.19 sen/kWj dilepaskan sepenuhnya kepada pengguna bukan domestik.

Semakan ICPT dari 1 Julai hingga 31 Disember 2022 mendapati berlaku peningkatan lebih tinggi dalam kos bahan api dan kos penjanaan di KHTP iaitu sebanyak RM76.02 juta atau bersamaan dengan surcaj ICPT pada kadar 8.19 sen/kWj antaranya disebabkan kenaikan kos bahan api di pasaran global. 

Orang ramai digalakkan mengamalkan penggunaan elektrik dengan bijak melalui penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga, memastikan suis ditutup apabila tidak digunakan serta melaksanakan penyelenggaraan terhadap peralatan elektrik secara berkala.

Menurut ST, usaha itu secara tidak langsung akan menggalakkan pengguna menyumbang kepada pengurangan jejak karbon negara selaras dengan Dasar Tenaga Negara 2022-2040. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran