web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengambilalihan Pengurusan Menara KL: KKD Pantau Rapat, Sedia Beri Kerjasama Penuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 8:41PM

Menara Kuala Lumpur - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memantau rapat isu pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) yang dibangkitkan di media sosial ketika ini, kata menterinya, Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, beliau memandang serius isu tersebut dan menegaskan, kementerian bersedia untuk memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan.

"Saya telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada KKD pada 14 Disember lalu.

“Saya juga bakal menerima satu lagi taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada pihak Telekom Malaysia (TM) pada 3 Januari 2023,” katanya, hari ini.

Fahmi berkata, beliau difahamkan bahawa konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interim ketiga.

“Tempoh tersebut berjalan sehingga 31 Disember tahun ini oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung dakwaan mengatakan TM melepaskan pegangan ke atas Menara KL kepada syarikat yang kurang dikenali, Hydroshoppe Sdn Bhd.

Dakwaan tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd adalah syarikat yang amat menguntungkan.

Hari ini, mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan membuat penafian bahawa kementerian  terlibat dalam keputusan TM menjual anak syarikat yang menguruskan Menara Kuala Lumpur. - Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Mengapa Pendidikan Pengurusan Di Malaysia Ketinggalan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kandungan Palestin Disekat, KKD Temui TikTok Esok - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hanya 80 Aduan Berkaitan Nombor Telefon Kitar Semula Diterima Sejak 2012 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan