web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Formula Jangka Panjang, Segerakan Penubuhan Agensi Bencana Tanah Runtuh Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 4:15PM

Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor telah mengorbankan 31 nyawa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bencana tanah runtuh sebagaimana tragedi di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor pada 16 Disember lalu, disifatkan sebagai pembunuh terbesar selepas banjir dan turut merosakkan harta benda.

Justeru, Pengerusi Kluster Alam Sekitar dan Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia (APM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo mencadangkan agar kerajaan menubuhkan agensi bencana tanah runtuh (geologi) negara.

Katanya, cadangan itu dikemukakan kerana Malaysia masih belum mempunyai ‘formula jangka panjang’ bagi mengurangkan risiko tanah runtuh.

“Beberapa agensi yang terlibat, bukan peranan utamanya, bertindak secara sektoral, dan sibuk dengan aktiviti reaktif untuk menyelesaikan isu bencana.

“Jadi saya berpendapat, amat kritikal dan tiba masanya, kerajaan mewujudkan agensi bencana tanah runtuh (geologi) negara,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook, hari ini.

Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo mencadangkan agar kerajaan menubuhkan agensi bencana tanah runtuh (geologi) negara - Gambar Fail
Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo mencadangkan agar kerajaan menubuhkan agensi bencana tanah runtuh (geologi) negara - Gambar Fail

Menurut beliau, isu penghindaran dan pengurangan risiko bencana (DRR) dapat dilaksanakan dengan penubuhan sebuah agensi penyelidikan dan pengurusan berdidikasi.

Jelas Ibrahim, sebahagian bencana banjir juga bermula daripada fenomena tanah runtuh atau aliran puing dan impak tanah runtuh akan lebih serius disebabkan fenomena global perubahan iklim.

“Bencana tanah runtuh dan banjir besar, kedua-duanya disebabkan hujan lebat yang ekstrem. Jika tanah runtuh, cerun menjadi tidak stabil.

“Banjir pula akan berlaku apabila alur sungai tidak mampu mengalirkan air, lantas melimpah ke tebing sungai, lalu kedua-duanya akan berlaku secara berantai,” katanya.

Beliau berkata, tanah runtuh adalah gelinciran tanah, jatuhan batuan, aliran puing, kegagalan cerun buatan manusia atau rayapan tanah iaitu fenomena alam akibat daya graviti.

“Faktor mungkin disebabkan geologi (tabii) atau bukan geologi iaitu pengaruh aktiviti manusia atau gabungan kedua-duanya sekali.

“Setiap bencana tanah runtuh mempunyai sifatnya tersendiri dan boleh dipelajari untuk menambah pengetahuan serta pengalaman manusia dan mengurangkan risiko pada masa hadapan,” kataya.

Pada 16 Disember lalu, negara digemparkan dengan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor yang mengorbankan 31 nyawa.

Ia adalah kejadian ketiga terbesar membabitkan kematian selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1993 yang meragut 48 nyawa dan banjir lumpur di perkampungan Orang Asli Pos Dipang, Kampar, Perak pada 29 Ogos 1996 (44 nyawa).

Insiden kira-kira jam 2.30 pagi itu membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 maut selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan.

Ia mengorbankan 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak, dengan 20 mayat ditemukan di sektor A, satu sektor B dan 10 lagi di sektor C di kawasan perkhemahan tersebut. – Getaran, 27 Disember 2022

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad