web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Kampung Forest Mencari Barang Berharga Di Sebalik Rumah Yang Musnah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 7:00AM

Maurin Abdul Dasin bersorak apabila menemui gambar perkahwinan kakaknya. - Rebecca Chong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Mangsa kejadian banjir akibat air pasang besar di Kampung Forest di sini pada malam Krismas lalu yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana itu, kini sibuk mencari barangan boleh digunakan semula dalam timbunan serpihan kediaman mereka.

Kelihatan seorang lelaki membawa barang berat, seperti bumbung kayu dan zink, manakala terdapat wanita mencari barangan, seperti pakaian serta peralatan dapur.

Dalam musibah itu, sebanyak 70 rumah di kampung setinggan berkenaan musnah akibat air pasang besar pada 24 Disember lalu, disusuli kerosakan 38 kediaman malam kelmarin.

Memandangkan penduduk kampung sudah diberi amaran oleh pihak polis supaya meninggalkan kediaman mereka, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, fenomena air pasang luar biasa itu menyebabkan 96 keluarga kehilangan tempat tinggal, dengan 684 mangsa kini berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib berhampiran kawasan itu.

Seorang ibu kepada tujuh anak, Maurin Abdul Dasin, 36, yang sedang membelek timbunan serpihan, tiba-tiba bersorak kerana menjumpai gambar perkahwinan kakaknya yang dibingkaikan.

“Semalam (kelmarin), saya jumpa gambar saya. Hari ini, saya jumpa gambar (perkahwinan) kakak saya! Dia akan sangat gembira,” katanya.

Bagaimanapun, ekspresi ceria Maurin, berubah apabila dia menceritakan kesedihannya kehilangan rumah yang menyimpan kenangan berharga bersama arwah ibu mentuanya.

“Memanglah kalau kerajaan tawarkan kami tinggal di PPR (Projek Perumahan Rakyat), kami akan gembira. Tetapi saya masih sedih kerana semua ingatan saya mengenai rumah (rosak) itu kini ‘hilang’. Saya masih tidak percaya ia sudah tiada,” katanya.

Dia juga melahirkan kebimbangan berhubung kerosakan peralatan sekolah anaknya, memandangkan sesi persekolahan akan bermula pada 3 Januari depan.

“Saya berjaya ‘menyelamatkan’ hanya satu barangan sekolah anak saya, iaitu tali leher dan saya menyesal kerana tidak membawa bersama lebih banyak barang sekolah mereka apabila kami meninggalkan rumah,” katanya.

Maurin berkata, tiada seorang pun penduduk kampung itu menjangkakan kediaman mereka akan musnah ketika diarah berpindah pada petang Sabtu.

Katanya, mereka menyangka akan pulang sekitar jam 2 pagi selepas keadaan selamat, seperti berlaku beberapa kali sebelum ini.

“Semua orang hanya mengambil dokumen pengenalan diri dan beredar. Kami tidak sangka bahawa ia adalah kali terakhir kami melihat rumah kami,” katanya.

Muslimin Basanun, 70, turut menemui gambar anak lelakinya dan cucunya, bersama sijil persekolahan anaknya yang kini berusia 30-an.

Muslimin Basanun menjumpai gambar anak dan cucunya, bersama sijil dari zaman persekolahan anaknya. - Gambar oleh Rebecca Chong
Muslimin Basanun menjumpai gambar anak dan cucunya, bersama sijil dari zaman persekolahan anaknya. - Gambar oleh Rebecca Chong

Ia disimpan di dalam sebuah bagasi yang kemudian dihanyutkan sebelum ditemui semalam.

“Anak saya minta saya buang sahaja sijil ini. Saya kata tidak. Saya masih ingat betapa gembiranya dia membawa pulang (sijil) ini semasa dia sekolah.

“Ia basah, tetapi kami masih boleh mengeringkannya,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Haji Mohamad Dalil, 59, berkata, selepas kehilangan rumah akibat bencana terbabit, dia kini takut untuk tinggal berhampiran laut.

Haji Mohamad Dalil berharap kerajaan dapat menyediakan tempat tinggal buat penduduk Kampung Forest. - Gambar oleh Rebecca Chong
Haji Mohamad Dalil berharap kerajaan dapat menyediakan tempat tinggal buat penduduk Kampung Forest. - Gambar oleh Rebecca Chong

“Kami berharap kerajaan dapat menyediakan tempat tinggal kepada kami atau sekurang-kurangnya, sebidang tanah untuk kami bina rumah.

“Kami cuma mahu tempat berlindung, tetapi saya tidak sanggup lagi mempertaruhkan nyawa cucu dengan tinggal berhampiran laut,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Perbandaran Sandakan supaya mangsa terbabit dibenarkan tinggal di unit PPR kosong buat sementara waktu, sehingga isu penempatan mereka diselesaikan.

Kampung Forest adalah penempatan setinggan dengan penduduknya terdiri daripada rakyat tempatan dan pendatang.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Abdul Fuad Abdul Malek berkata, 11 pegawai dan 96 anggota keselamatan sudah dihantar bagi meninjau keadaan di Kampung Forest.

Beliau berkata, semua penduduk mematuhi arahan mengosongkan rumah masing-masing pada jam 6 petang setiap hari, justeru tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kami menjangkakan air pasang besar berlaku setiap malam sehingga 28 Disember ini.

“Semua penduduk di Sandakan yang tinggal di kawasan pesisir pantai, diminta mengosongkan kediaman masing-masing pada jam 6 petang,” katanya. - The Vibes, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan