web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jalan Rosak: Masyarakat Orang Asli Bimbang Anak Tidak Dapat Ke Sekolah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 6:13PM

Dianggarkan175 pelajar sekolah tinggal di Pos Gob dan ibu bapa bimbang untuk membenarkan anak ke sekolah kerana keadaan jalan yang rosak teruk - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli di Pos Gob merayu pihak berkuasa mencari kaedah terbaik bagi membantu 175 pelajar yang dikhuatiri akan terkandas dan tidak dapat memulakan sesi persekolahan 1 Januari ini, sekiranya laluan menghubungkan perkampungan mereka dengan Gua Musang masih rosak. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Gob Uda Alang berkata disebabkan jalan balak rosak dan sebuah jambatan kayu runtuh, sebahagian pelajar terbabit juga tidak pulang ke asrama dan seterusnya tidak hadir pada sesi persekolahan lepas.

Katanya meskipun terdapat kenderaan pacuan empat roda yang disediakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk membawa pelajar ke sekolah, sebagai ibu bapa mereka tetap memikirkan risiko keselamatan anak-anak yang terpaksa melalui jalan yang rosak.

“Sejak tiga bulan lepas kami berdepan kesulitan untuk keluar ke bandar kerana laluan balak rosak dan Jambatan Blaer yang menghubungkan kampung runtuh.

“Dianggarkan175 pelajar sekolah tinggal di Pos Gob dan kami bimbang untuk membenarkan anak ke sekolah kerana keadaan jalan yang rosak teruk,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini. 

Uda berkata melihat kepada kesulitan yang bakal dihadapi anak-anak mereka, diharapkan kerajaan dan JAKOA dapat membantu menyediakan pengangkutan udara kepada pelajar sekolah rendah serta menengah di penempatan itu supaya mereka dapat kembali ke Gua Musang untuk memulakan sesi persekolahan.

Sementara itu, Pandak Ngah, 65, berkata sebahagian daripada 175 pelajar itu merupakan mereka yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

“Jarak sekolah yang jauh menyebabkan ramai ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka terutamanya yang masih kecil ke sekolah sejak tiga bulan lepas sehingga mengakibatkan keciciran dalam pelajaran,” katanya. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Ab Aziz Yusoff mengesahkan menerima aduan berkenaan permasalahan tersebut dan akan mengadakan perbincangan dengan JAKOA serta agensi kerajaan yang lain bagi mencari jalan penyelesaian.

“Saya sarankan supaya kerajaan memberi bantuan khidmat helikopter untuk membawa anak-anak Orang Asli ke sekolah rendah atau menengah terutamanya di kawasan pedalaman seperti Pos Gob.

"Ini kerana ibu bapa bersungut tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah kecuali jika bantuan helikopter dapat digunakan bagi mengangkut pelajar terbabit,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Maut Dalam Kenderaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad