web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Takkan Satu Hari Nak Beli 10 Barang, Kita Pergi 10 Kedai’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 9:00AM

Isham Jalil - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mengkritik saranan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kepada pengguna dengan menegaskan sukar bagi orang ramai berkunjung ke kedai berlainan demi membeli barang keperluan pada harga berpatutan.

Menurut beliau, pengguna kebiasaannya membeli barang keperluan di kedai yang sama.

“Kita tak pergi check (periksa), harga sayur kedai dekat mana paling murah, kita pergi kedai A, beras di kedai B.

“Habis tu takkan satu hari kita nak beli 10 barang, kita pergi 10 kedai. Orang tak buat macam itu, walaupun secara teori, itu yang kita boleh cakap,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook beliau.

Jelas beliau, pengguna boleh membuat perbandingan harga di satu-satu kedai tetapi secara praktikalnya ramai tidak berbuat demikian.

“Takkan beras paling murah kita pergi Mydin, ayam pula kita nak bawa kereta pergi ini, lepas tu roti kita beli dekat 7 Eleven pula. Kita tak buat macam itu,” katanya.

Sebaliknya, Isham menggesa kerajaan supaya menangani isu mikro antaranya mengukuhkan nilai ringgit bagi menarik ramai pelabur asing ke negara ini.

Katanya, penting bagi kerajaan berusaha mengembalikan keyakinan pelaburan asing selain menangani kenaikan kos input iaitu kenaikan harga tenaga seperti petrol, elektrik dan sewa kedai.

“Kenaikan kos pinjaman, kalau tauke kedai kena bayar bank lebih tinggi, dia perlu dapat keuntungan untuk bayar kos bank lebih tinggi. Sebab itu saya kata harga kedai dengan input kos bank menyumbang kepada inflasi.

“Itu yang kita kena tengok dahulu. Jangan bagi cadangan cari kedai paling murah. Tak ada orang berniaga buat macam itu. Dia jual nasi lemak contohnya, kedai dia jual RM1, kedai sebelah jual RM1.20, volume sama.

“Dia selalu habis tapi lama-lama dia pun (akan) naikkan harga. Jadi realitinya, itu yang berlaku bukan persaingan merendahkan harga. Di atas kertas macam itu tapi dalam kehidupan sebenar ini tidak berlaku,” katanya.

Semalam, Rafizi tampil mempertahankan kenyataannya berkaitan nasihat kepada pengguna dengan menegaskan beliau tidak takut dengan pandangan umum, sebaliknya yakin rakyat yang rasional akan mula memahami dan mengikut apa yang disarankan.

Beliau berkata, kenyataannya sebelum ini adalah mengenai usaha untuk menyuntik lebih keanjalan harga sebagai satu mekanisme mengawal harga barang, selain langkah di peringkat pembekal, iaitu melawan monopoli, menambah bekalan dan kawalan harga.

“Kita juga perlu suntik keanjalan dalam permintaan sebagai satu lagi mekanisme kawalan harga. Kerajaan banyak data harga yang boleh digunakan rakyat. Kita mula dengan yang ini, insya-Allah sedikit demi sedikit kita kembalikan kuasa pengguna.

“Jangan takut dengan pandangan umum. Insya-Allah, rakyat yang rasional akan mula memahami dan ikut serta," katanya.

Jumaat lalu, Rafizi berkata, pengguna perlu berperanan menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan menjadi lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini.

Beliau berkata seandainya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Ketika ini, katanya, biarpun harga barangan terus meningkat, pengguna dilihat masih bersedia membayar.  - Getaran, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad