web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sudah Empat Minggu, Kerajaan PH-BN Tiada Idea Tangani Kos Sara Hidup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 9:02PM

Wan Saiful Wan Jan turut mendakwa kerajaan ketika ini tidak menjadikan nasib rakyat sebagai keutamaan, sebaliknya fokus kepada perebutan jawatan dan pelantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) tiada idea untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup dihadapi rakyat ketika ini.

Menurut beliau, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan cadangan bagi menyelesaikan masalah itu dalam tempoh dua minggu gagal ditunaikan.

“Hari ini sudah empat minggu. Kos sara hidup masih terus naik. Telur masih tak ada. Harga makanan harian makin naik. Tapi tidak ada satu pun langkah konkrit yang kerajaan mulakan.

“Nampaknya janji dua minggu ini sama macam janji harga minyak turun dalam 24 jam. Sampai hari ini belum habis ‘mencerakinkan’ solusi.

“Tersengih bertutur bahasa berbunga-bunga untuk tunjuk hebat, tapi hanya wayang untuk menutup kelemahan tak tahu nak buat apa untuk rakyat. Semua ini membuktikan bahawa PH-BN tak ada idea,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Pada 27 November lalu, Anwar dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), memberi tempoh dua minggu untuk kementerian berkaitan memberikan cadangan bagi menangani kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata, ia termasuk strategi dan cadangan untuk program subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah selain penambahbaikan terhadap sektor swasta.

Katanya, kesan subsidi kepada rakyat perlu diperhalusi dan ia perlu diberikan secara bersasar kerana subsidi diberikan sekarang turut dinikmati golongan kaya dan industri.

Dalam pada itu, Wan Saiful turut mendakwa kerajaan ketika ini tidak menjadikan nasib rakyat sebagai keutamaan, sebaliknya fokus kepada perebutan jawatan dan pelantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Ini adalah kerajaan menyelamatkan diri sendiri dan memenuhi cita-cita peribadi, sebab itu PH-BN tiada idea bagaimana menyelamatkan rakyat.

“Fokus PH-BN ialah kepada perebutan jawatan, perlantikan GLC, dan berlakon wayang sahaja. Nasib rakyat bukan agenda utama mereka,” katanya. - Getaran, 25 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi