web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Ikan Kerapu Hibrid Mati, 32 Penternak Rugi Lebih RM1 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 4:00PM

Mustapa (kanan) bersama rakan-rakannya melihat ikan jenis kerapu yang mati susulan banjir baru-baru ini ketika ditemui pemberita hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Seramai 32 penternak ikan kerapu hibrid di Laguna Semerak, di sini, mengalami kerugian lebih RM1 juta apabila ternakan mereka mati sejak empat hari lepas, akibat banjir.

Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Semerak Mustapa Bakar berkata kejadian dipercayai berlaku apabila air hujan (tawar) melimpah secara berlebihan ke kawasan laguna itu yang memiliki 2,100 petak sangkar ikan.

“Beribu-ribu ikan kerapu hibrid yang diternak mati setiap hari sejak empat hari lepas. Ikan kerapu hibrid diternak untuk pasaran Kuala Lumpur, Johor dan Singapura boleh dijual pada harga RM60 sekilogram,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata ikan berkenaan sepatutnya boleh dipasarkan pada Februari tahun depan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Sementara itu, seorang penternak Wan Ahmad Taufik Wan Shukri, 24, berkata dia mengalami kerugian lebih RM200,000 apabila sebilangan besar daripada 18,000 ekor ikan yang diternaknya mati.

“Sekarang hanya tinggal kira-kira 4,000 hingga 5,000 ekor ikan yang masih hidup,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad