Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


GPS Pertahan Kebebasan Beragama, Tolak Ekstremisme - Abang Jo

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 9:31PM

Abang Johari Tun Openg - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memelihara kebebasan beragama dan menolak unsur ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama di negeri ini.

Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak sememangnya terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama, namun tidak menghadapi masalah untuk bersatu dalam kepelbagaian.

Katanya di Bumi Kenyalang juga terdapat keluarga beragama Kristian dan Islam yang boleh hidup di bawah satu bumbung tanpa menghadapi sebarang masalah.

“Kita di Sarawak bertuah kerana agak terlindung daripada persengketaan agama dan kaum yang sering berlaku di tempat-tempat lain.

“Kuasa autonomi imigresen kita mampu menyekat pelampau-pelampau agama untuk menjejakkan kaki di Sarawak,” katanya dalam perutusan Hari Krismas 2022 di sini, hari ini. 

Abang Johari berkata Sarawak tidak kalis sepenuhnya daripada unsur-unsur ekstremisme yang memasuki negeri itu melalui saluran siber seperti media sosial yang biasanya digunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu.

“Benteng kita daripada anasir ini hanyalah kebijaksanaan kita sendiri untuk menapis yang baik daripada yang jahat dan yang fakta daripada yang auta,” katanya.

Abang Johari turut memberi komitmen bahawa GPS akan terus memperjuangkan kepentingan dan hak Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pembentukan GPS merupakan langkah baik untuk memastikan suara Sarawak tidak tenggelam di persada nasional. Tidak ada orang lain yang lebih ikhlas daripada orang Sarawak sendiri dalam perjuangan menegakkan keadilan bagi Bumi Kenyalang,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

Semasa 21 jam yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

Semasa 1 hari yang lalu

Pekerjaan Hijau Kurangkan Pengangguran, Pelihara Alam Sekitar