Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Projek Rintis Di Perlis Jualan Minyak Tanpa Subsidi Mulai Januari - KPDN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 9:18PM

Perlis akan melaksanakan projek rintis yang dinamakan ‘Ekonomi Sempadan - Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi' bermula Januari ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memulakan peraturan baharu bermula Januari depan bagi penjualan bahan bakar tanpa subsidi melibatkan RON95 dan diesel bagi kenderaan asing.

Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd Yusof berkata peraturan baharu itu sebagai projek rintis kepada negeri Perlis yang dinamakan ‘Ekonomi Sempadan - Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi.

Projek rintis itu antara lainnya membenarkan pembelian bahan bakar tanpa subsidi itu oleh kenderaan bernombor pendaftaran asing yang masuk melalui pintu sempadan negeri ini.

“Kajian impak akan dilaksanakan selama tiga bulan sebelum sebarang keputusan dibuat kepada negeri lain yang bersempadanan dengan negara jiran. Untuk makluman telah ada pengusaha stesen minyak komersial yang telah menjual bahan bakar tanpa subsidi itu di kawasan Padang Besar dan Wang Kelian.

“Kementerian kini sedang mengadakan libat urus dengan syarikat minyak lain untuk turut menawarkan bahan bakar tanpa subsidi itu. Langkah ini diambil bagi mengekang isu ketirisan yang dihadapi dan pada masa sama ia tidak memberi kesan negatif kepada kenderaan asing yang mengisi bahan bakar berkenaan,” katanya.

Azman berkata harga bahan bakar tanpa subsidi (RON95 dan diesel) masih lagi murah berbanding yang dijual di negara jiran.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Kilang Pembungkusan Minyak Masak Halipah keluaran bumiputera oleh syarikat Adam AMG Trading yang pertama di negeri ini di Kompleks Wakaf Behor Lalang di sini, hari ini.

Menurut Azman tindakan ini diambil kerana terdapat kes sebelum ini dikesan kenderaan asing mengisi diesel bersubsidi dalam kuantiti yang dihadkan tetapi di beberapa stesen minyak berasingan secara bergiliran.

Katanya arahan yang dikeluarkan oleh KPDN pada 17 Jun lepas mengenai ketetapan dan larangan penjualan minyak RON95 dan larangan menjual minyak diesel melebihi 20 liter kepada kenderaan asing manakala RON97 boleh dijual tanpa had.

“Masalah ketirisan bahan bakar itu (RON95 dan diesel bersubsidi) di negeri-negeri berhampiran sempadan dipandang serius KPDN kerana subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat negara ini turut dinikmati warganegara lain,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Siti Bainun Terhadap Hukuman Penjara 12 Tahun Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim

Semasa 11 jam yang lalu

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat