web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perdana Menteri Ucap Selamat Hari Krismas, Seru Rakyat Perkukuh Perpaduan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 6:34PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menjelang perayaan Natal esok, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada seluruh penganut Kristian yang akan meraikannya, dengan menitipkan ucapan istimewa.

Menerusi ucapannya, Perdana Menteri mengharapkan setiap rakyat Malaysia tanpa melihat latar belakang budaya supaya mementingkan perpaduan dan menghargai keindahan masyarakat berbilang kaum dimiliki negara ini.

Menurutnya, Hari Krismas adalah keraian besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga serta sahabat setiap tahun.

“Selamat Menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian.

“Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan rencam budaya, adalah menjadi kebiasaan serta kewajiban setiap kita untuk mengambil kesempatan ini, bagi mengeratkan silaturahmi antara rakyat dengan mengucapkan kata-kata indah buat mereka.

“Membenih dan menyemai budaya perpaduan tidak hanya terletak di bahu pemerintah, tetapi setiap rakyat mesti memainkan peranan ampuh serta berterusan dalam memelihara keamanan, kerukunan dan semangat bersatu padu,” katanya menerusi perutusan Hari Krismas 2022 di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berharap agar setiap rakyat Malaysia tanpa melihat latar belakang budaya supaya mementingkan perpaduan dan menghargai keindahan masyarakat berbilang kaum dimiliki negara ini.
Perdana Menteri berharap agar setiap rakyat Malaysia tanpa melihat latar belakang budaya supaya mementingkan perpaduan dan menghargai keindahan masyarakat berbilang kaum dimiliki negara ini.

Anwar berkata, mesej atau seruan berbaur kebencian dan cubaan untuk mengapi-apikan perbedaan mesti dibenam dengan sikap kasih sayang serta rahmah.

“Semoga sambutan Krismas pada tahun ini lebih meriah dan dapat membawa keamanan, keharmonian, kemakmuran serta perpaduan kepada negara Malaysia yang terbilang dan rakyatnya yang cintakan keadilan.

“Kepada yang pulang ke kampung halaman, saya seru untuk waspada dan berhati-hati di jalan raya,” katanya. – Getaran, 24 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam