Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Negeri Diseru Rancang Persediaan Banjir, Selenggara Saliran Secara Konsisten - TPM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 2:17PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru kerajaan negeri untuk merancang dengan lebih baik persediaan menghadapi banjir besar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri diseru untuk merancang dengan lebih baik persediaan menghadapi banjir besar, termasuk langkah pencegahan bagi memastikan kerosakan adalah minima.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi mengelakkan kerosakan alam sekitar akibat banjir itu, tidak memburukkan lagi keadaan sedia ada.

Katanya, penguatkuasaan atau pembanterasan penerokaan hutan secara haram dan tanpa peduli mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar, perlu dihentikan.

“Yang paling asas, sistem saliran dan perparitan perlu lebih terjaga, termasuk aspek pendalaman agar diselenggarakan lebih baik agar tidak berlaku takungan air, tidak tersumbat dan sebagainya.

“Ini penting agar tidak berlaku banjir kilat mahupun banjir besar di desa mahupun perumahan di kota.

“Budaya penyelenggaraan seumpama ini sepatutnya menjadi amalan budaya kerja harian, bukan apabila berlaku banjir barulah diberikan perhatian!,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mangsa banjir dan ahli akademik di universiti juga dituntut membantu memberikan maklum balas, bagi menyenangkan kerajaan untuk membuat penyelesaian terbaik.

“(Ia) bagi membantu kerajaan menangani isu banjir untuk memastikan kesejahteraan hidup penduduk di kawasan banjir, ditangani dengan lebih baik dan berkesan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, manusia juga boleh menjadi faktor penyebab banjir besar, justeru terdapat kawasan yang tidak pernah dilanda bah besar, kini turut mengalaminya.

Jelasnya, kerakusan pembalakan haram dan penerokaan hutan secara tidak terkawal mengakibatkan ekosistem terjejas teruk, malah kawasan tadahan hujan akan kehilangan fungsi.

Kesemua ini, katanya, menuntut kesedaran bersama untuk menstabilkan kembali ekosistem alam.

“Ya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memang dalam keadaan bersiap siaga 24 jam. NADMA ada kepakaran dan kelengkapan walaupun masih terdapat lagi untuk ditambahbaik. Komitmen NADMA sangat baik dan berprestasi tinggi. NADMA mendapat peruntukan tambahan RM400 juta bagi kesiapsiagaan banjir hujung tahun ini.

“Namun apabila berlakunya banjir besar, ia akan mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan hasil tanaman dan ternakan, kehilangan harta benda dan boleh memusnahkan kemudahan infrastruktur.

“Mangsa banjir kehilangan rasa kebahagiaan, mengalami trauma, kenderaan rosak dan perlu dibaiki serta menyebabkan pendapatan terjejas, malah hilang. Ini menyebabkan indeks kebahagiaan hidup merudum dan kesejahteraan hidup terjejas,” katanya.

manusia juga boleh menjadi faktor penyebab banjir besar, justeru terdapat kawasan yang tidak pernah dilanda bah besar, kini turut mengalaminya - Gambar Fail
manusia juga boleh menjadi faktor penyebab banjir besar, justeru terdapat kawasan yang tidak pernah dilanda bah besar, kini turut mengalaminya - Gambar Fail

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, banjir besar bukanlah perkara baharu dalam sejarah dunia, namun kurang diberikan perhatian dan diambil pengajaran daripada bencana tersebut

Menurutnya, banjir besar yang berlaku ketika zaman Nabi Noh memberikan suatu metafora betapa persediaan menghadapi perlu dirancang teliti secara mikro dan makro.

Ia juga, katanya, suatu metafora perlakuan manusia hingga tercetus bencana tersebut.

“Banjir boleh dijangka, khususnya pada musim tengkujuh di pantai timur kerana perubahan monsun yang melibatkan faktor semula jadi dan geografi.

“Maka mana-mana pihak perlu lebih bersedia menghadapinya. Bercuti ke luar negara misalnya bukanlah keputusan terbaik ketika rakyat yang memilihnya dahulu ditimpa musibah.

“Di sinilah keprihatinan pemimpin dituntut dan dinilai rakyat,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada tahun 2021, Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan, jumlah kerugian akibat banjir di seluruh negara bernilai RM6.1 bilion, meliputi kerosakan tempat kediaman, kenderaan, premis perniagaan dan infrastruktur.

“Kerugian besar tersebut tidak termasuk perbelanjaan besar untuk bantuan pengurusan banjir besar, membaiki infrastruktur rosak teruk, menyediakan tempat perpindahan banjir dan pelbagai lagi untuk memastikan rakyat dapat dilindungi lebih baik,” ujarnya. – Getaran, 24 Disember 2022

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

Politik 12 jam yang lalu

Tidak Turun Bantu Kempen, Ke Mana June Leow Menghilang?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Individu Main Isu 3R Wajar Dikenakan Tindakan Tegas - Ahli Akademik

Sukan 17 jam yang lalu

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber