web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hujan Lebat Di Sarawak: Lebih 1,000 Ke PPS Selepas Kediaman Tak Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 12:03PM

Seorang warga emas dalam proses pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Seramai 1,193 individu terpaksa berlindung di 19 PPS di Serian, Betong dan Samarahan setakat 7 pagi ini - Gambar Borneo Post Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Hujan lebat di seluruh Sarawak, menyebabkan 1,193 individu daripada 301 keluarga terpaksa berlindung di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di Serian, Betong dan Samarahan setakat 7 pagi ini.

Difahamkan, di Kg Koran Mawang, Serian, PPS berkenaan dibuka pada jam 5 petang semalam, bagi menempatkan tujuh keluarga selepas kediaman mereka terjejas akibat hakisan tanah.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerusi kenyataan berkata, mangsa terdiri daripada 51 dewasa dan enam kanak-kanak.

Katanya, mangsa terbabit adalah sekeluarga dan diarah berpindah selepas tanah di kawasan sekitar yang menempatkan tujuh rumah di kampung itu, didapati tidak stabil akibat hakisan tanah.

Ketika ini, pusat pemindahan banjir paling ramai menempatkan mangsa adalah di Sekolah Kebangsa (SK) Beradek, Padawan yang dengan 342 mangsa daripada 82 keluarga.

PPS lain yang dibuka di Kuching adalah di Kampung (Kg) Bedaun (91 mangsa daripada 17 keluarga), Dewan Kamarudin di Kg Segedup Lot (tujuh mangsa daripada tiga keluarga), SJK Chung Hua Sejijak (10 mangsa daripada satu keluarga), Dewan Kg Opar ( sembilan mangsa daripada dua keluarga) dan Kg Jugan (39 mangsa daripada 15 keluarga).

Di Samarahan, PPS itu adalah di Pusat Sivik Kota Samarahan (77 mangsa daripada 19 keluarga), SK Kg Baru (96 mangsa daripada 23 keluarga), Dewan Kg Melayu (enam mangsa daripada dua keluarga), SK Endap (10 mangsa daripada dua keluarga ), Balai Raya Lubok Buntin (28 mangsa daripada tujuh keluarga), Masjid Kg Seruyuk (163 mangsa daripada 43 keluarga) dan SMK Simunjan No 1 (33 mangsa daripada 12 keluarga).

Di Serian pula, ia membabitkan PPS di Balai Serbaguna Kg Rimba Padi (56 mangsa daripada 18 keluarga), Balai Kg Betong Kanowit (56 mangsa daripada 18 keluarga) dan Balai Kg Kerumboi (17 mangsa daripada empat keluarga).

Kini, terdapat dua PPS di Betong, iaitu di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kalaka di Roban (112 mangsa daripada 32 keluarga) dan Dewan Millennia, Debak (15 mangsa daripada enam keluarga). – Borneo Post Online, 24 Disember 2022

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini