web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laluan Pejalan Kaki Dihadang Konkrit: Pengendali SUKE Ambil Tindakan Segera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 8:41PM

Kerja-kerja membetulkan konkrit penghalang telah dijalankan di susur keluar SUKE ke Jalan Cheras. - Gambar dari Twitter @mySUKEofficial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengendali Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) sudah mengambil tindakan serta-merta bagi mengatasi isu laluan pejalan kaki yang dihadang konkrit pembahagi di susur keluar lebuh raya itu ke Jalan Cheras.

Menurut syarikat konsesi yang mengendali lebuh raya itu, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn Bhd (PROLINTAS), kerja penambahbaikan di laluan itu dijangka siap selewat-lewatnya dalam tempoh dua hari.

“Pihak SUKE memandang serius perkara ini dan telah mengarahkan kontraktor terlibat untuk menjalankan kerja penambahbaikan dengan serta-merta,” katanya menerusi kenyataan.

PROLINTAS berkata, semua reka bentuk dan pembinaan lebuh raya itu sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Katanya, ia juga memperoleh persetujuan antara pihak pengurusan projek serta Juruaudit Keselamatan Jalan Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), pihak berkuasa tempatan (PBT), jurutera perunding dan Jurutera Perunding Bebas (ICE), sebelum dibuka kepada pengguna.

Pada masa sama, PROLINTAS menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap kontraktor, jurutera perunding dan kakitangan terbabit dalam perkara itu.

“Kami memohon maaf atas perkara ini dan segala kesulitan yang timbul amat dikesali.

“Pihak operasi Lebuhraya SUKE akan memastikan aspek keselamatan sentiasa diutamakan, selain mengalu-alukan semua maklum balas daripada pengguna bagi terus menambah baik kualiti perkhidmatan lebuh raya dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Terdahulu, menurut The Vibes, isu terbabit mendapat perhatian selepas ia didedahkan seorang pakar kejuruteraan jalan lain yang menggesa persimpangan Taman Cuepacs/PGA dan Jalan Cheras dibaiki segera, memandangkan ia dianggap tidak selamat kepada penduduk berhampiran sejak pembukaan SUKE tiga bulan lalu.

“Ini adalah contoh buruk bagi lintasan pejalan kaki. Tolong betulkan @mySUKEofficial ini di Exit 701 @LLMrasmi @MOWorks,” tulis individu terbabit, Muhammad Marizwan Abdul Manan menerusi Twitter.

Imej dilampirkan di muat naik itu pada 13 Disember lalu, menunjukkan anggota pasukan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menjalankan pemeriksaan baru-baru ini di pintu keluar yang jelas memperlihatkan penghadang konkrit menghalang akses pejalan kaki.

The Vibes menghubungi Marizwan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya dan Kejuruteraan Alam Sekitar (MIROS) berkata, susur itu mempunyai banyak kesilapan.

“Satu aspek ialah pejalan kaki perlu bebas halangan konkrit. Tidak sepatutnya ada sebarang halangan di situ.

“Berkali-kali, mereka menyatakan kebimbangan mendalam dan meminta kami melihatnya dari sudut penyiasatan keselamatan jalan raya serta sudut audit,” katanya. – Getaran, 23 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar