web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir: Bot Jadi Alternatif Penduduk Ke Masjid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 8:21PM

Penduduk Kampung tetap menunaikan solat Jumaat di Masjid As Solihin mukim Bendang Pak Yong walaupun kampung mereka masih ditengelami banjir hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Walaupun beberapa rumah di kawasan sini ditenggelami air sedalam hingga hampir 1.3 meter (m), ia tidak menghalang kira-kira 20 penduduk daripada kampung sekitar Mukim Bendang Pak Yong, di sini untuk menunaikan solat berjemaah di masjid.

Bot dijadikan alternatif kepada mereka untuk sampai ke satu-satunya masjid di mukim berkenaan, yang menjadi antara premis di kampung itu yang masih selamat daripada banjir ketika ini.

Masjid As Solihin yang mampu memuatkan sehingga 500 jemaah itu dibina sedikit tinggi, menyebabkan ia tidak dinaiki air walaupun kawasan sekitarnya telah lima hari digenangi air.

Mukim berkenaan terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Kota Bharu, merupakan kawasan terkesan banjir di Kelantan yang sehingga petang ini menyaksikan seramai 18,924 mangsa daripada 6,182 keluarga dipindahkan ke PPS.

Siak masjid Che Ab Rahman Che Mamat, 73, berkata beliau asalnya ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, namun disebabkan kekurangan jemaah, ia ditukarkan kepada solat Zohor secara berjemaah.

"Walaupun dalam keadaan darurat ketika ini disebabkan banjir, jika ada kesempatan saya cuba juga untuk (solat) berjemaah. Niat tadi nak solat Jumaat, tapi tak mengapa sebab kita masih dapat juga solat berjemaah di sini. Kita faham keadaan sekarang ramai yang terjejas dengan banjir," katanya kepada Bernama.

Anaknya Faiz Che Ab Rahman, 25, penyelia tapak pembinaan berkata, beliau dan bapanya sengaja datang awal untuk membersihkan masjid bagi memudahkan jemaah menunaikan solat.

"Kampung ini memang selalu banjir. Kejadian benteng projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Tersang yang pecah telah memburukkan lagi keadaan.

"Walau sudah hampir seminggu, tapi air surut perlahan. Tapi orang kampung memang sudah bersedia untuk hadapi banjir," katanya.

Imam masjid, Anwar Daud, 55 berkata walaupun masjid itu berada pada kedudukan yang sedikit tinggi, namun langkah berjaga-jaga tetap diambil bersama orang kampung untuk menggulung tikar dan mengalih barang yang penting ke tempat selamat untuk meminimumkan kerosakan sekiranya ia dinaiki air. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad