web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bicara Ebit Lew: Maklumat Kesalahan Jenayah Disyaki Dalam Telefon Bimbit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 9:18AM

Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM - Seorang saksi perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret hari ini bahawa disyaki terdapat maklumat berkaitan sesuatu kesalahan jenayah dalam telefon bimbit yang dirampas daripada tertuduh.

Saksi keempat perbicaraan itu ASP Siti Nooraini Mohd Sahid berkata kemungkinan terdapat maklumat atau bukti yang boleh menjurus kepada sesuatu kesalahan jenayah yang merujuk kepada Lew atau pengadu kes.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Ram Singh yang mewakili Ebit Lew apabila ditanya apakah yang dimaksudkan ‘kerana terdapat keraguan munasabah’ dalam keterangan pegawai polis itu pada perbicaraan tersebut.

Dalam pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Siti Nooraini berkata telefon bimbit itu dirampas pada 19 Ogos tahun lepas dan tiada telefon bimbit lain yang dikemukakan tertuduh pada ketika itu.

Sementara itu, Siti Nooraini tidak bersetuju apabila peguam Ram Singh menyatakan bahawa tindakan merekod keterangan seorang saksi daripada sebuah syarikat keselamatan siber iaitu LGMS Berhad adalah menghina mahkamah kerana beliau hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan.

Siti Noraini juga tidak bersetuju dengan dakwaan Ram Singh bahawa tindakan merekod keterangan saksi itu boleh menyebabkan penghinaan terhadap mahkamah.

Ram: Anda mengaku bahawa anda telah menyoal dan merekod keterangan seorang pemeriksa, Hoo Kah Yan. Adakah anda tahu Hoo sebagai perunding digital kanan LGMS berpotensi menjadi saksi pembelaan?

Siti Nooraini: Saya tidak pasti.

Siti Nooraini berkata laporan yang diperoleh daripada syarikat itu diperlukan pihak polis untuk tujuan analisa bagi membuat perbandingan dengan maklumat atau dokumen sedia ada dalam kes tersebut.

Siti Nooraini berkata laporan yang diperoleh daripada syarikat itu diperlukan pihak polis untuk tujuan analisa bagi membuat perbandingan dengan maklumat atau dokumen sedia ada dalam kes tersebut.

Sementara itu saksi kelima ASP Norfazliyani Zolkapeli dalam keterangan memaklumkan telah merampas sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy berwarna biru, satu kad SIM Unifi dan kad memori daripada pengadu pada 7 Ogos tahun lepas.

Beliau berkata selepas rampasan dibuat, semua barang kes itu telah diserahkan kepada pegawai penyiasat iaitu DSP Noor Asyikin Shamsuri pada hari yang sama.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung pada 7 hingga 10 Februari tahun depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 5 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad