web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tragedi Batang Kali: Misi SAR Bersambung, Guna Khidmat 2 Anjing K9 PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 10:52AM

Unit K9 PDRM digunakan untuk SAR tujuh lagi mangsa yang bersambung hari ini. - Gambar daripada Facebook Polis Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Khidmat dua anjing pengesan dari Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) digunakan untuk misi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, penemuan dua mayat semalam dan kelmarin sedikit sebanyak memberi petunjuk baharu untuk misi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali.

Menurut beliau, penemuan tersebut menyuntik semangat pasukan penyelamat untuk menggerakkan misi SAR secara lebih agresif.

“Kami tidak dapat menjangka tempoh yang bakal diambil untuk mengesan tujuh lagi mangsa.

“Sudah pasti semangat pasukan penyelamat berkobar-kobar hari ini untuk mengesan baki tujuh mangsa yang masih hilang,” katanya dipetik sebagai berkata.

Operasi SAR disambung bermula 8 pagi tadi selepas dua kali tergendala akibat hujan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, misi mencari dihentikan sementara semalam atas faktor keselamatan, kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Mayat ke-26 ditemui pada jam 11.16 pagi semalam di sektor B dalam keadaan berpelukan bersama anjing miliknya, manakala bangkai seekor lagi haiwan itu turut ditemui berhampiran.

Pada jam 11.20 malam sebelumnya, mayat seorang kanak-kanak perempuan dianggarkan berusia antara enam hingga 10 tahun dan berpakaian merah jambu ditemui dengan beberapa bagasi serta komputer riba.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan identifikasi manakala bangkai dua anjing berkenaan dihantar ke Jabatan Veterinar.

Mayat kanak-kanak terbabit difahamkan dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh pada jam 8.33 pagi hari ini.

Tanah runtuh yang berlaku pada jam 2.42 pagi Jumaat lalu menyaksikan 61 mangsa terselamat, manakala tujuh lagi disahkan masih hilang. - Getaran, 22 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam