web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laungan Azan Ikhtiar Baharu JBPM Kesan Tujuh Lagi Mangsa Tanah Runtuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 9:31PM

Anggota bomba menjalankan usaha mencari dan menyelamat di Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Laungan azan sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini menjadi antara ikhtiar terbaharu pasukan SAR.

“Azan dikumandangkan oleh seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sebelum memulakan operasi SAR hari ini.

“Ini adalah satu ikhtiar pasukan pencarian,” kata Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Hafisham Mohd Noor kepada Bernama di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK), di sini hari ini.

Operasi pencarian yang memasuki hari keenam berjaya menemukan satu mayat lelaki dewasa pada 11.16 pagi tadi di sektor B (kem Farmview).

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 26 terkorban dan tujuh lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa.

Sementara itu, tinjauan Bernama di PKTK setakat 7.30 malam ini juga mendapati operasi SAR masih ditangguhkan sementara sejak kira-kira 4 petang tadi berikutan hujan lebat.

Selain itu, sidang media yang kelazimannya dilakukan pada 6.30 petang setiap hari, juga tidak diadakan hari ini.

Pihak Jabatan Penerangan Malaysia memaklumkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah akan memberi pemakluman berhubung perkembangan operasi SAR menerusi kenyataan media sahaja. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad