Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kampung Sungai Baru: 90 Hari Tunggu Pampasan, Tapi Sebulan Sahaja Notis Pindah? - Penduduk

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Dec 2022 8:00PM

Pangsapuri Kampung Sungai Baru - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebimbangan kira-kira 30 penduduk Kampung Sungai Baru di sini untuk diusir daripada kawasan penempatan itu, akhirnya menjadi kenyataan apabila mereka menerima Borang K, iaitu notis bahawa kerajaan sudah mengambil alih tanah mereka secara rasmi melalui Akta Pengambilan Tanah (LAA) 1960.

Semalam, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Pejabat Tanah) menghantar surat mengarahkan penduduk kawasan enklaf Melayu bersejarah berkenaan, mengosongkan tanah yang diambil alih itu dalam tempoh 30 hari.

Bersama-sama surat itu, dilampirkan Borang K dan Borang L yang mengarahkan hak milik tanah diserahkan kepada pentadbir tanah.

Penduduk tetap Kampung Sungai Baru yang mahu dikenali sebagai Diana berkata, tidak munasabah untuk memberikan tempoh notis begitu singkat, tambahan ketika musim cuti hujung tahun semakin hampir.

“Terlalu banyak perlu dilakukan! Bagaimanakah kami nak berpindah, mencari tempat tinggal baharu dan menyelesaikan pengubahsuaian diperlukan dalam masa 30 hari sahaja?” keluhnya sambil menambah bahawa proses itu lebih rumit kerana beliau mempunyai ibu bapa sudah tua dengan masalah mobiliti.

Diana turut mendakwa arahan itu tidak adil apabila keluarganya terpaksa menunggu lebih tiga bulan bagi menerima pampasan daripada pemaju, namun hanya diberi sebulan untuk berkemas dan berpindah.

“Mereka (pihak memberi arahan) membuat kami menunggu lama untuk memberi kami sedikit (pampasan) dan kini mereka menghalau kami dengan begitu cepat?” katanya kepada The Vibes.

Ritzy Gloss Sdn Bhd berusaha untuk membangunkan projek berbilion ringgit di kawasan berkenaan. - Gambar fail
Ritzy Gloss Sdn Bhd berusaha untuk membangunkan projek berbilion ringgit di kawasan berkenaan. - Gambar fail

Diana merujuk kepada pampasan wang akan diberikan pentadbir tanah yang nilainya didakwa sebagai ‘satu penghinaan’.

Terdahulu, The Vibes mendedahkan beberapa penduduk Kampung Sungai Baru mendapat pampasan 300 peratus lebih rendah daripada anggaran nilai pasaran.

Dalam satu kes, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Kementerian Kewangan memberitahu seorang penduduk flat dia dianggarkan memperoleh RM470 sekaki persegi, walaupun penilai bebas memaklumkan, ia sepatutnya RM1,480 sekaki persegi.

Sementara Diana adalah seorang daripada 28 pemilik tanah yang berdepan tempoh notis pengusiran tidak munasabah, sembilan lagi penduduk Kampung Sungai Baru masih belum menerima pampasan itu.

Karim, 71, berkata, pentadbir tanah sudah mengeluarkan Borang G dan Borang H kepadanya pada hujung September lalu, tetapi dia masih belum menerima satu sen pun bayaran pampasan.

Di bawah LAA, Borang G dan Borang H adalah mengenai dengan jumlah pampasan diberikan kepada seseorang yang tanahnya diambil alih.

Menduduki Kampung Sungai Baru sejak 1980-an, Karim menjelaskan, dia kecewa apabila mendapati segelintir jirannya menerima wang itu pada awal November lalu.

Dia juga mendakwa beberapa panggilan telefon dan suratnya kepada Pejabat Tanah tidak dijawab dan apabila dia ke situ sendiri, dia tidak dilayan dengan baik seorang pegawai yang kemudiannya didakwa berkata “saya tidak pasti, anda perlu bertanya orang lain”.

Pengalaman sama dikongsi seorang ibu tunggal, Kak Nina, 60, yang sudah menunggu hampir tiga bulan untuk mendapatkan pampasan.

Dia memberitahu The Vibes bahawa apabila dia menghubungi Pejabat Tanah awal bulan ini, pihak terbabit memaklumkan ‘pemaju belum membuat bayaran lagi’.

Konflik dihadapi penduduk Kampung Sungai Baru itu sudah lama dan sulit sejak tahun 2016, susulan pemaju swasta, Ritzy Gloss Sdn Bhd berusaha membangunkan projek berbilion ringgit di kawasan berkenaan.

Sebagai balasan untuk rumah penduduk yang diambil alih, Ritzy Gloss menjanjikan pemilik beberapa unit kediaman baharu, bergantung kepada saiz tanah masing-masing.

Hampir lima tahun rundingan antara Ritzy Gloss dengan pemilik tanah yang menyaksikan pemaju terbabit gagal meyakinkan lebih 100 pihak terbabit, syarikat itu memohon LAA dan kemudian diluluskan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Tan Sri Annuar Musa. - The Vibes, 20 Disember 2022

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Sewa: JPJ Pulau Pinang Sita 22 Kenderaan, Keluar 63 Saman

Sukan 13 jam yang lalu

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Semasa 22 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran