web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MAIS Sumbang RM1.03 Juta Kepada 82 Pertubuhan Tangani Isu Semasa Islam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 6:03PM

Abdul Aziz Mohd Yusof - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini memberi sumbangan bantuan dana bernilai RM1.03 juta kepada 81 pertubuhan Islam bukan kerajaan (PIBK) yang bernaung di bawahnya

Sumbangan itu disampikan Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, ia diberikan berdasarkan komitmen pertubuhan berkenaan dalam menangani isu berkaitan ancaman akidah dan sosial yang membabitkan umat Islam.

“(Pemberian) diukur mengikut Penilaian Prestasi dan Keberkesanan Program PIBK MAIS bagi tempoh setahun.

“Semoga pemberian ganjaran ini akan mendorong semua PIBK MAIS untuk bersama-sama berganding bahu dalam mempertahan dan memertabatkan kesucian agama Islam di Negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan itu pada perasmian penutup Persidangan PIBK 2022 di sini.

Antara PIBK itu adalah Muslim Care Malaysia Society (MUSLIM CARE), Persatuan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Negeri Selangor (PEMADAM) dan Pertubuhan Pendakwah Darul Ehsan (DAIE).

Abdul Aziz berkata, jumlah PIBK di bawah MAIS sehingga 31 Disember 2020 adalah sebanyak 97, termasuk empat pusat jagaan warga emas, enam rumah kebajikan anak yatim dan satu Rumah Perlindungan Al-Riqab.

“Kesemua PIBK tersebut dibahagikan kepada 10 kluster, iaitu Dakwah dan Islah, Pemantapan Akidah, Pemerkasaan Halalan Toyyiban, Pendidikan Islam dan Pembangunan Muallaf, Pemulihan Riqab.

“Selain itu, Kebajikan Fakir dan Miskin, Kebajikan Anak Yatim, Pembangunan Kekeluargaan Islam serta Amal Makruf Nahi Mungkar,” katanya.

Mengulas mengenai persidangan itu, beliau berkata, ia turut dihadiri 300 peserta dalam kalangan PIBK, Anggota Jawatankuasa Dakwah Negeri Selangor, Anggota Jawatankuasa Teknikal Pemerkasaan PIBK, ketua jabatan, selain bahagian dan anak syarikat MAIS dan masyarakat awam.

“Persidangan diadakan bagi memberi peluang dan ruang kepada PIBK untuk bertukar idea dan pandangan dalam menangani isu semasa ummah, membabitkan kepentingan Islam di Selangor.

“MAIS berharap agar semua PIBK MAIS dapat berganding bahu dalam menjaga, mempertahan dan memartabatkan kesucian agama Islam selaras hukum syarak,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

3

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan