web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sultan Muhammad V Yang Menawarkan Pengampunan Diraja Kepada Saya - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 12:30PM

Anwar menjelaskan kepada Dewan Rakyat mengenai apa yang berlaku di sebalik pengampunan diraja pada 2018. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengampunan penuh yang diperolehi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei 2018 susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) adalah inisiatif Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

Ia didedahkan oleh Anwar di Dewan Rakyat hari ini bagi menjelaskan persoalan mengenai peristiwa yang berlaku di sebalik tabir yang membawa kepada pengampunan dan pembebasan dari penjara ketika itu.

Pengerusi PH itu menjelaskan, meskipun beliau membantah hukuman yang dikenakan ke atasnya atas tuduhan liwat dan cara bagaimana kesnya dikendalikan, beliau secara peribadi tidak pernah meminta pengampunan.

"'Make it clear' di hansard,'' katanya hari ini.

''Kita bantah penghakiman yang melanggar prinsip hukum (ketika itu). Dalam kes pertama, membuat pertuduhan dan peristiwa yang berlaku di bangunan yang belum ada dan memaksa orang menjadi saksi atau mengambil siasatan sebelum laporan polis dibuat''.

Beliau kemudiannya menjelaskan ketika menjalani hukuman penjara pada 2018, Yang di-Pertuan Agong ketika itu,  Sultan Muhammad V dari Kelantan, telah menghubunginya semasa beliau sedang mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi di Cheras.

"Baginda bertitah, 'Anwar, Saya ingin memberi pengampunan penuh kepada anda kerana saya telah mengikuti perkembangan perbicaraan kes dan ada penyelewengan yang jelas terhadap keadilan'.

"Dan saya petik apa yang Baginda guna ialah travesty of the justice atau pelanggaran prinsip keadilan. Oleh demikian saya (Sultan Muhammad V) akan memberi pengampunan penuh segera," katanya.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang-PN) kemudiannya mencelah dan menggesa Perdana Menteri untuk memberikan tumpuan kepada  Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

Anwar menjawab: ''Saya akan sampai ke sana dalam satu minit. Saya tahu kenyataan saya mungkin keras kepada anda kerana anda (pembangkang) mempermainkan perkara ini. Tetapi percayalah, saya hanya akan mengambil masa dua minit lagi untuk menjelaskan demi kebaikan semua."

Beliau kemudiannya menegaskan bahawa walaupun Fayhsal mungkin tidak menyedari situasi tersebut sepenuhnya kerana baru menyertai politik, namun pemimpin kanan PAS yang lain sebelum ini didakwa memainkan persepsi pembebasan presiden PKR itu.

Anwar turut menjawab perbahasan ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut-PH) ketika membahaskan usul percaya ke atas Perdana Menteri semalam di mana beliau membangkitkan mengenai laporan dari agensi berita Itali bertajuk ' First full-blown Homosexual Elected Prime Minister in an Islamic (Nation)’.

Dalam apa yang kelihatan sebagai komen sarkastik yang ditujukan kepada Anwar, Hamzah telah menggesa beliau mengambil tindakan ke atas agensi berita itu, dan kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa Anwar sudahpun diberi pengampunan oleh Yang Di-Pertuan Agong (atas tuduhan liwat). 

“(Anwar) patut saman penerbitan itu. Jangan biarkan keadaan sampai ke tahap di mana seluruh dunia percaya bahawa (Anwar) adalah pengamal homoseksual tegar,'' katanya.

Anwar telah dipenjara atas tuduhan liwat pada 1998 dan sekali lagi pada 2015, sebelum mendapat pengampunan pada 2018. - The Vibes, 20 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad