web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: GPR Kesan 5 Bendasing Di Sektor A Dan C - Bomba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 7:21AM

Penemuan lima bendasing dengan menggunakan alat GPR di sektor A dan C kawasan pencarian membantu pasukan operasi mengecilkan skop pencarian pada malam tadi. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Lima bendasing dikesan Jabatan Ukur dan Pemetaan, malam tadi di lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata penemuan dengan menggunakan alat ‘Ground Penetrating Radar (GPR)’ itu di sektor A dan C kawasan pencarian membantu pasukan operasi mengecilkan skop pencarian pada malam tadi.

Beliau berkata jumlah keanggotaan operasi SAR pada malam ini juga akan dikecilkan atas faktor keselamatan, selain untuk mengurangkan pergerakkan tanah.

“Unit anjing pengesan K9 tidak akan terlibat pada pencarian waktu malam selain memberikan masa untuk mereka berehat sebelum memulakan semula tugas esok,” katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah berkata operasi SAR pada hari keempat itu masih belum menemukan sebarang hasil yang positif setakat jam 9 malam tadi.

"Bagaimanapun, memandangkan operasi masih diteruskan ketika ini, saya harap kita akan menemui sesuatu dan mengesan mangsa yang masih hilang malam ini," katanya.

Tinjauan Bernama di PKTK, mendapati hanya pergerakan keluar masuk kenderaan agensi penyelamat, selain kenderaan pengangkut sampah oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor di PKTK.

Pengamal media juga telah beransur pulang secara berperingkat dan hanya sekumpulan kecil masih ‘berkampung’ di PKTK menunggu perkembangan semasa kejadian berkenaan.

Keadaan cuaca pada malam tadi juga agak baik.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada jam 2.42 pagi pada Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 24 nyawa terkorban dan sembilan lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 orang. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad