web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perubahan Mendadak SOP, MPT Diminta Jangan Bebankan Penduduk

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 1:54PM

Sarifuddin Hata

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Perubahan mendadak Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) semalam, dianggap amat mengelirukan, khususnya kepada peniaga restoran.

Antara lain notis berkenaan menyatakan bahawa operasi premis makanan dibenarkan beroperasi selama 12 jam, bermula 6 pagi hingga 6 petang setiap hari berkuatkuasa semalam sehingga 30 April depan.

Had masa itu yang diawalkan dua jam berbanding sehingga jam 8 malam sebelum ini, mendapat maklum balas negatif daripada orang ramai khususnya penduduk beragama Islam di sini.

Menurut seorang peniaga dikenali sebagai Mas, 32, tindakan itu seolah-olah tidak mengambil kira senario semasa yang berlatarbelakangkan bulan Ramadan.

"Setiap kali Ramadan menjelang, kami hanya dibenarkan memulakan operasi jam 3 petang.

"Dengan notis terbaru itu, ia bermakna kami hanya boleh berniaga kurang tiga jam sebelum perlu menutup premis tepat jam 6 petang," katanya kepada Getaran.

Waktu yang ditetapkan itu juga jelasnya, terlalu hampir dengan waktu berbuka puasa di Tawau, sekali gus menyukarkan peniaga untuk menutup operasi perniagaan seperti diarahkan.

"Bayangkan, ketika sedang duduk menunggu waktu berbuka, semalam, kami terpaksa mengemas semua barang jualan, membersihkan premis kerana bimbang dikenakan kompaun RM10,000 seperti yang pernah berlaku kepada peniaga lain sebelum ini," katanya.

Terdahulu, MPT mengeluarkan notis Makluman Aktiviti Sektor Ekonomi Perkhidmatan Perlu Dan Rantainya.

Selain restoran, ia turut merangkumi operasi pasar raya, kedai runcit, perkhidmatan penghantaran, stesen minyak, pasar borong dan premis perniagaan lain.

Seorang lagi peniaga restoran, Hamjah Marola, 37, menyifatkan operasi baharu yang dikeluarkan itu, tidak relevan untuk dipraktikkan ketika Ramadan.

"Sebahagian besar pelanggan pulang kerja sekitar jam 4.30 petang dan mula membeli juadah berbuka setengah jam kemudian.

"Malah ada juga pelanggan yang tiba pada saat-saat akhir berbuka puasa kerana baru tamat waktu bekerja atau memiliki urusan lain," katanya.

Hamjah berharap agar MPT mengkaji semula waktu operasi tersebut iaitu sekitar jam 10 pagi hingga 8 malam, bagi memberi ruang kepada pelanggan untuk membeli dan peniaga membersikan premis sebaik selesai berniaga.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata turut menyatakan rasa terkejut melihat notis berkenaan yang disifatkan tidak prihatin dengan keadaan semasa.

"Diharapkan pihak berkaitan meneliti dengan lebih mendalam sebelum mengeluarkan sebarang arahan sempena Perintah Kawalan Pergerakan agar ia tidak dilihat menindas peniaga dan orang ramai.

"Umum mengetahui majoriti penduduk Tawau adalah masyarakat Muslim, maka pertimbangan harus dibuat berdasarkan keperluan dan sensitiviti masyarakat setempat.

Menurut Sarifuddin, adalah mustahil peniaga restoran (muslim) boleh beroperasi seawal jam 6 pagi ketika Ramadan.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, masih belum terdapat sebarang perubahan atau maklum balas dikeluarkan MPT berhubung notis operasi premis yang dikeluarkan pihaknya semalam. – Getaran, 24 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 5 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad