web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TNB Siasat Insiden 3 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 8:16PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang menjalankan siasatan mengenai insiden tiga beradik perempuan yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik di kediaman mereka di Kampung Morak, Tumpat di Kelantan, hari ini.

Jurucakap TNB memaklumkan, siasatan itu dijalankan dengan kerjasama rapat pihak berkuasa berkenaan seperti Suruhanjaya Tenaga dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, TNB turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan gambar atau video dan membuat spekulasi mengenai kejadian itu.

“Sebaliknya berilah ruang kepada pihak berkuasa menjalankan sisatan, di samping menghormati perasaan dan sensitiviti keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, TNB turut menasihati orang ramai supaya tidak menghampiri atau menyentuh pepasangan elektrik yang ditenggelami banjir kerana dikhuatiri berlaku kebocoran arus.

“TNB akan memastikan keselamatan orang ramai sentiasa diutamakan, termasuk dengan memutuskan sementara bekalan elektrik ke kawasan yang ditenggelami air banjir atas faktor keselamatan.

“Penyambungan semula bekalan akan dibuat dengan kadar segera sebaik ia selamat dilakukan,” katanya.

Sementara itu, katanya, orang ramai turut disarankan untuk sentiasa menjaga keselamatan dan menghubungi talian 1-300- 88-5454 bagi melaporkan pepasangan TNB yang berada dalam keadaan bahaya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, tiga beradik perempuan maut dipercayai akibat renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, dekat Morak, di Tumpat, Kelantan, pagi tadi.

Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 33 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 11.45 pagi.

Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah jiran, sebelum arus elektrik mengalir kepada dua adiknya yang turut berada di hadapan rumah.

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses itu selesai. - Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Audio Perbualan Tular, Zara Dedah Ketakutan Terhadap ‘Kakak M’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad