web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Individu Dipercayai Ahli Keluarga Mangsa Tanah Runtuh Tampil Di Lokasi Kejadian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 5:51PM

Empat individu termasuk warga asing, dipercayai ahli keluarga mangsa yang masih hilang berada di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali - Gohtong Jaya, di sini, hari ini. - Gambar oleh Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Empat individu termasuk warga asing dipercayai ahli keluarga mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh, hadir ke tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali - Gohtong Jaya, di sini, hari ini.

Keempat-empat individu terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki termasuk warga asing itu dilihat menuju ke khemah Pusat Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 4 petang tadi.

Seorang daripadanya dilihat mengalirkan air mata sebaik bercakap dengan pegawai polis yang bertugas di khemah berkenaan.

Mereka kemudian dibawa masuk ke khemah operasi polis namun setakat ini tiada maklumat lanjut diperoleh.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah merayu orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga supaya tampil di lokasi atau menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu operasi mencari mangsa.

Beliau dilaporkan berkata, setakat ini hanya satu laporan polis diterima berhubung kehilangan ahli keluarga.

Setakat jam 4.30 petang, jumlah mangsa yang belum ditemui kekal sembilan orang dengan misi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan. - Getaran, 19 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad