web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Eskavator Milik Tentera Darat Digerakkan Bantu SAR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 2:54PM

Kenderaan jenis C (KJC) varian Tracked Excavator (Med) Komatsu itu baru saja diterima oleh 91 Rejimen Bantuan RAJD 31 Mei lalu. - Gambar oleh Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Dua buah eskavator milik Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) dikerahkan ke lokasi tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya, di sini, bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang masih hilang.

Jentera berat jenis PC 210 LC- 10M itu adalah milik 91 Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD) dari Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur.

Difahamkan, kenderaan jenis C (KJC) varian Tracked Excavator (Med) Komatsu itu baru saja diterima oleh 91 Rejimen Bantuan RAJD 31 Mei lalu.

Penerimaan dua buah KJC varian tersebut adalah melalui Perolehan Rolling Plan 3 (RP 3) tahun 2021.  

Penggunaan dua lagi jentera berat milik TDM itu adalah untuk mempercepat operasi SAR sembilan lagi mangsa yang sehingga kini masih belum dikenal pasti.

Operasi SAR yang dijalankan semalam dengan menggunakan lapan eskavator milik pelbagai agensi tidak membuahkan hasil, malah pasukan operasi gagal menemui sebarang petunjuk baharu berkaitan kedudukan sembilan mangsa berkenaan.

Pencarian kini tertumpu di sektor A (hill view) dan sektor C (riverside) di tapak perkhemahan terbabit, yang dipercayai lokasi kesemua mangsa tertimbus.

Setakat hari keempat, 61 mangsa disahkan terselamat dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm itu, manakala 24 lagi terkorban dan sembilan lagi dilaporkan masih hilang. - Getaran, 19 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 31 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad