web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


10 Hospital Di Kelantan Belum Terjejas Banjir - JKNK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 12:27PM

Dr Zaini berkata berlaku limpahan air di Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh susulan hujan lebat sehingga memasuki perkarangan hospital namun ia telah surut pagi ini dan operasi berjalan seperti biasa. - Gambar dari sumber Hasnan Hasni

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sepuluh hospital di Kelantan termasuk Hospital Universiti Sains Malaysia masih beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas dengan banjir, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata sebagai persiapan semua hospital telah dipastikan untuk menyediakan bekalan asas bagi memastikan mampu beroperasi dalam situasi bencana banjir.

"Sekiranya terdapat hospital yang kemungkinan terputus hubungan jalan raya disebabkan banjir, bantuan sumber atau pemindahan pesakit boleh dilaksanakan dgn bantuan udara. Kami telah mengenal pasti tempat bagi pendaratan helikopter sekiranya diperlukan.

"Malah, persiapan kami bagi pesakit kritikal yang memerlukan rawatan lanjut, mereka akan pindah lebih awal di hospital yang tidak terjejas banjir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata apabila musim banjir berlaku terdapat beberapa petugas kesihatan yang tidak boleh bertugas berikutan kediaman mereka dinaiki air, laluan ke tempat bertugas tersekat dan sebagainya namun ia tidak menjejaskan operasi di hospital terbabit.

"Seperti semalam, Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh telah berlaku limpahan air berikutan hujan lebat sehingga memasuki perkarangan hospital namun ia telah surut pagi ini dan operasi berjalan seperti biasa," katanya.

Beliau berkata bagi mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pasukan kesihatan akan turut menjalankan aktiviti seperti memeriksa kebersihan persekitaran pusat pemindahan, memantau dan memeriksa kualiti air minum, menjalankan aktiviti pengklorinan dan disinfeksi bekalan air serta memeriksa kehadiran dan tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Pasukan Kesihatan Mental dan Tindakan Psikososial pula akan menjalankan aktiviti seperti menjalankan kaunseling kepada mangsa banjir bagi kes-kes kematian, kehilangan harta benda, ibu hamil dan pesakit berisiko yang akan dipindah masuk ke hospital," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad