web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Operasi Pencarian 9 Mangsa Dihentikan Sementara Susulan Hujan Lebat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 10:29PM

Operasi SAR sembilan lagi mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali dihentikan sementara susulan hujan lebat. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor, dihentikan sementara malam ini susulan hujan lebat di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, operasi itu dihentikan pada jam 8.15 malam.

“Operasi dihentikan sehingga hujan berhenti dan penilaian akan dibuat semula berdasarkan struktur kekuatan tanah.

“Jika hujan tidak berhenti operasi hanya akan disambung esok pagi,” katanya kepada media hari ini.

Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden terbabit dan daripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat, manakala 24 meninggal dunia dan sembilan masih hilang.

Pada pagi Jumaat, negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

Menerusi kenyataannya sebelum ini, Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi hari kejadian dan tiba di lokasi kira-kira jam 3 pagi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila tanah runtuh berhampiran ladang organik berkenaan, menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Usaha mencari dan menyelamat dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Operasi turut dibantu anjing unit pengesan (K9) yang bertungkus lumus dalam operasi mengesan dan menyelamat mangsa. - Getaran, 18 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad