web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Identiti 15 Lagi Mayat Insiden Tanah Runtuh Batang Kali Dikenal Pasti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 7:19PM

Jumlah itu menjadikan 21 daripada 24 mangsa yang ditemukan meninggal dunia, sudah dikenal pasti. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 15 lagi mangsa yang ditemukan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, dikenal pasti setakat 1 tengah hari tadi. 

Jumlah itu menjadikan 21 daripada 24 mangsa yang ditemukan meninggal dunia, sudah dikenal pasti.

Kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan identiti mangsa dikenal pasti menerusi tiga kombinasi kaedah, iaitu pengecaman asid deoksiribonukleik (DNA), cap jari dan pengecaman pihak waris pada wajah atau pun barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.

“Proses bedah siasat untuk semua 24 mayat telah selesai dijalankan...tiga daripada 24 mangsa yang meninggal dunia sedang dikenal pasti melalui kaedah-kaedah ini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, dua orang masih menerima rawatan di Hospital Selayang dan seorang di Hospital Kuala Lumpur, manakala dua yang menerima rawatan di Hospital Selayang sebelum ini, telah dibenarkan pulang semalam.

“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa, setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Pada 2.42 pagi Jumaat, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan tersebut. - Bernama

Berikut senarai mangsa yang terkorban:

1. Lim Wei Xin (36, perempuan)

2. Hong Mei Jing (38, perempuan)

3. Nurul Azwani Kamaruzaman (31, perempuan)

4. Lai Lee Yin (37, perempuan)

5. Tong Kai En (9, lelaki)

6. Lai Lee Koon (44, perempuan)

7. Ka Kok Boon (43, lelaki)

8. Zech Loh Qi Yi (7, lelaki)

9. Eng Huai Yi (12, perempuan)

10. Eng Choon Wen (43, lelaki)

11. Ng Yee Tong (11, perempuan)

12. Ka Sin Ya Vanya (6, perempuan)

13. Lam Sook Man (37, perempuan)

14. Wong Kim Yap (34, lelaki)

15. Fong Choy Kee (43, perempuan)

16. Liu Pei Si (44, perempuan)

17. Daniel Khor Yen (5, lelaki)

18. Chin Su King (36, perempuan)

19. Lai Chee Sam (33, lelaki)

20. Wong Zi Hang (1, lelaki)

21. Gain Choo Yin (35, perempuan)

Berikut senarai mangsa yang dirawat:

1. Yam Lee Yen                  

2. Ng Wei Lun     

3. Mg Tan 

4. Sandy Cheah Hui Kein

5. Tan Ei Ein  

6. Choo Wai Lun  

7. Ling Zi Xuan      

8. Loh Teng Shu  

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad