web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taman Eko Rimba, Trek Daki, Laluan 4X4 Hutan Simpan Kekal Johor Ditutup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 11:01AM

Berdasarkan portal rasmi JPNJ, Gunung Belumut adalah antara Taman Eko Rimba di Johor. - Gambar dari Facebook Tourism Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kesemua Taman Eko Rimba, trek pendakian dan laluan kenderaan pacuan empat roda (4x4) di dalam hutan simpan kekal di Johor, ditutup kepada orang awam mulai hari ini.

Arahan itu dikeluarkan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Datuk Salim Aman menerusi notis yang dimuat naik di Facebook rasmi jabatan itu.

Menurut notis tersebut, penutupan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan tidak diingini berlaku berikutan musim tengkujuh.

“Sebarang pelanggaran terhadap notis ini akan diambil tindakan di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 Negeri Johor,” katanya.

Berdasarkan portal rasmi JPNJ, antara Taman Eko Rimba di negeri itu adalah Gunung Arong, Mersing; Gunung Belumut, Kluang; Panti, Kota Tinggi; Gunung Pulai, Pontian; Gunung Pulai II, Pontian; Soga Perdana, Batu Pahat; Sungai Bantang, Segamat dan Taka Telor, Segamat.

Semalam, media melaporkan 21 mangsa tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm di Batang Kali disahkan meninggal dunia setakat malam tadi manakala 12 lagi mangsa masih belum ditemukan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad