web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Terkejut, Zahir Dukacita

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 9:30AM

Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan takziah di atas tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor. - Gambar dari Facebook Selangor Royal Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin, menzahirkan rasa terkejut serta berdukacita dengan kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor awal pagi semalam.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office, baginda berdua turut menzahirkan rasa amat sedih dan simpati berhubung insiden terbabit.

“Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri terkejut dan berdukacita apabila diberitahu mengenai tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan dekat Hulu Selangor awal pagi tadi yang meragut banyak nyawa.

“Baginda berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook malam tadi.

Norazam Khamis
Norazam Khamis

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi semalam berhubung kejadian itu dan tiba di lokasi kira-kira jam 3 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang, BBP Genting Highlands, BBP Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas digegaskan ke lokasi.

Usaha mencari dan menyelamat dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Insiden berkenaan menyaksikan 21 orang meninggal dunia, manakala 12 masih hilang setakat operasi ditangguhkan lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pada jam 8 pagi ini.

Ekoran insiden berkenaan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua tapak perkhemahan, kawasan rekreasi air di sekitar Batang Kali diarah tutup serta-merta sehingga diberitahu kelak.

Manakala, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan, semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara, diarah dihentikan operasi serta ditutup selama tujuh hari berkuat kuasa serta-merta. – Getaran, 17 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran