web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh Batang Kali Ada Persamaan Bencana Bukit Antarabangsa Pada 2008

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 9:28AM

Pakar berpendapat bahawa beban berlebihan di cerun di tapak perkhemahan itu juga boleh menyumbang kepada bencana tanah runtuh di i Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor berhampiran Gohtong Jaya awal pagi semalam sehingga meragut puluhan nyawa, mungkin berpunca daripada kegagalan benteng di kawasan itu.

Berdasarkan beberapa gambar kawasan tanah runtuh dan video udara dirakam dron yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), seorang pakar alam sekitar dan jalan raya berkata, beban berlebihan di cerun di tapak perkhemahan itu juga boleh menyumbang kepada bencana terbabit.

“Dalam kes ini, saya mengesyaki limpahan dari kawasan benteng akibat longkang tersumbat atau mungkin berlaku hujan lebat beberapa hari sebelum kejadian serta air melimpah di tepi jalan,” menurut mantan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Jeneral Datuk Seri Ir Roslan Md Taha.

Roslan Md Taha - Gambar fail
Roslan Md Taha - Gambar fail

Menegaskan bahawa benteng itu mempunyai bentuk berbeza daripada cerun terbabit, beliau berkata, walaupun ia diselenggara dengan baik di Jalan Batang Kali – Gohtong Jaya, sangat sukar untuk mengawal aliran air di kawasan itu.

Beliau berpendapat, unit peronda perlu menyelenggara benteng termasuk mengalihkan cebisan kayu, daun kering atau serpihan bagi memastikan perparitan berfungsi dan tiada air bertakung di situ.

“Memandangkan Disember ini musim hujan, perlu ada pasukan pemantau yang ditugaskan oleh pemilik jalan.

“Apabila terdapat takungan atau longkang tersumbat, limpahan air itu sangat berbahaya yang boleh membawa bencana,” katanya sambil menambah unit pemantauan jalan raya juga perlu meletakkan papan tanda amaran, seperti pokok tumbang atau pergerakan tanah.

Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang berlaku pada 2008. - Tangkapan layar dari media sosial
Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang berlaku pada 2008. - Tangkapan layar dari media sosial

Beliau menegaskan, longkang tersumbat akan mengakibatkan kegagalan pembetung dan meningkatkan pengekalan air tanah yang akan menyebabkan masalah cerun berlaku.

“Pembetung boleh tersekat dan tidak berfungsi dengan berkesan menyebabkan air bocor dan menyusup. Apabila air melimpah di cerun benteng, kecenderungan tanah runtuh akan menjadi sangat tinggi.

“Saya agak yakin longkang di tepi jalan itu tidak diselenggara dan berkemungkinan tersumbat serta disebabkan air atau hujan melimpah daripada benteng,” kata Roslan yang mempunyai latar belakang akademik dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan alam sekitar awam dan alam sekitar.

Mantan Presiden Lembaga Jurutera Malaysia itu berpendapat, tekanan cerun seperti pembukaan tanah di hilir mungkin memburukkan lagi situasi berkenaan.

“Sesetengah pembersihan tanah di ladang (kawasan) itu boleh memburukkan lagi keadaan tanah runtuh dan menyebabkan gangguan di hilir, selain menambah beban di cerun sehingga mengakibatkan tanah runtuh.

“Apabila berlaku gangguan di bahagian bawah seperti kebun sayur dan pembersihan cerun bukit, ia mungkin menimbulkan beberapa kesan tambahan,” katanya yang memiliki pengalaman selama 37 tahun sebagai kakitangan perkhidmatan awam.

“Dalam kes ini, lebihan bebanan dari atas akan menjadi sangat berat dan bebanan di bahagian bawah atau struktur cerun, mungkin tidak dapat menampung ‘bahagian longgar’ di bawah,” tambahnya.

Roslan berkata tekanan cerun seperti pembukaan tanah di hilir mungkin memburukkan lagi situasi berkenaan.
Roslan berkata tekanan cerun seperti pembukaan tanah di hilir mungkin memburukkan lagi situasi berkenaan.

Manakala, menurut Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Hisamuddin Termidi, kawasan tanah runtuh itu adalah sepanjang 500 meter (m) dengan lebar 200 m dan kedalaman kira-kira lapan meter.

“Tanah runtuh itu menyaksikan pergerakan 450,000 meter padu,” katanya.

Ketika ditanya sama ada tragedi itu mempunyai persamaan dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada tahun 2008, Roslan bersetuju.

Dalam laporan jawatankuasa teknikal khas dikemukakan kepada kerajaan Selangor, antara faktor dikaitkan dengan tragedi 14 tahun lalu itu adalah ‘tanah longgar’ di cerun ketika pembinaan, kurang penyelenggaraan kepada sistem perparitan di kawasan sekitar dan hujan berterusan selama beberapa minggu sebelum tanah runtuh berlaku.

Semalam, Hisamuddin berkata, kejadian tanah runtuh itu berpunca daripada kelemahan lereng bukit akibat aliran air bawah tanah.

Katanya, berdasarkan pemerhatian awal jabatan itu, ‘bahan homogen’ dari bahagian atas tanah tinggi ‘jatuh’, selepas dasar cerun hilang, berikutan terdedah kepada air.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas meninjau lokasi itu berkata, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan tanah runtuh susulan akan berlaku di tapak perkhemahan itu. – The Vibes, 17 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad