web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sidang Parlimen Ke-15 Pertama 'Uji' Keabsahan PM Anwar, Lantik Speaker Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 9:29AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan bermula Isnin ini akan menjadi perhatian kerana agenda utamanya antara lain menyaksikan pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Usul undi percaya itu bertujuan membuktikan Anwar, yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November, mendapat sokongan Ahli-Ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baharu selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, usul undi percaya terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Tambun itu terkandung pada nombor lapan urusan persidangan. 

Keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri dijangka tidak tergugat susulan Perjanjian Persefahaman Kerjasama dimeterai antara gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan, pada 16 Disember.

Persidangan Dewan Rakyat yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan bermula Isnin ini akan menjadi perhatian kerana agenda utamanya antara lain menyaksikan pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.
Persidangan Dewan Rakyat yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan bermula Isnin ini akan menjadi perhatian kerana agenda utamanya antara lain menyaksikan pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Lima gabungan politik utama - Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) - yang membentuk Kerajaan Perpaduan menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama bagi menjamin kestabilan politik serta memacu ekonomi negara.

Antara kandungan perjanjian itu ialah kegagalan Ahli Parlimen dalam gabungan Kerajaan Perpaduan mengundi atau menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan atau sebarang usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan, dikira meletak jawatan. 

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 berlangsung selama dua hari itu, turut menyaksikan pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu, Ahli-ahli Dewan Rakyat yang menang pada PRU15 mengangkat sumpah dan pemilihan Timbalan-Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. 

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun

Pada 2 Disember, media melaporkan Tan Sri Azhar Azizan Harun mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang.

Menurut laporan media, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul disebut-sebut menjadi pilihan Pakatan Harapan (PH) sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat menggantikan Azhar.

Turut dilaporkan media, Perikatan Nasional (PN) mencalonkan bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad bagi jawatan itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lanang daripada DAP Alice Lau dan Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Md Nor daripada Barisan Nasional (BN) dilapor dicalonkan bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Turut berada dalam senarai menurut laporan media ialah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang dicalonkan PN untuk jawatan sama.

Urusan mesyuarat persidangan itu turut memasukkan pembentangan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.

Anwar pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet pertama 5 Disember lepas berkata persidangan Parlimen pertama itu juga akan membentang dan meluluskan peruntukan khas atau mini bajet bagi tujuan membayar emolumen penjawat awam bagi Januari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad