Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


2,304 Terjejas Banjir Di 6 Negeri, Sungai Keratong Lepasi Paras Bahaya

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 10:27PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 2,304 mangsa daripada 709 keluarga ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat jam 4 petang tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, jumlah negeri terjejas banjir meningkat kepada enam iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir menunjukkan sedikit penurunan berbanding jam 7 pagi tadi dengan 2,377 mangsa daripada 728 keluarga di 16 PPS seluruh negara.

“Terdapat dua PPS ditutup iaitu di daerah Hilir Perak dan Kampar, manakala satu PPS dibuka pada hari ini di Dewan Kampung Melayu Balai Ringin, Serian.

Menurut kenyataan itu lagi, Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin, Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat jam 4 petang ini.

Enam sungai pula merekodkan bacaan melepasi paras amaran iaitu Sungai Long Teru di Miri (Sarawak), Sungai Similajau di Bintulu (Sarawak),  Sungai Triang di Triang, Bera dan Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan.

Selain itu, Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman (Terengganu) dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (Kelantan).

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan amaran angin kencang, ombak besar dan hujan berterusan di negeri timur Semenanjung dan timur Sabah bermula esok hingga 20 Disember ini.

Jurucakap MET Malaysia memaklumkan, hujan berterusan pula dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dalam tempoh sama.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan juga dikemaskini berkuatkuasa sehingga 22 Disember ini,” katanya.

Sementara itu, MET Malaysia turut menasihati penduduk terutama yang tinggal di kawasan berisiko banjir agar sentiasa berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa menerusi lawan web http://publicinfobanjir.water.gov.my, facebook: PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir.

“Masyarakat diingatkan untuk peka serta patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan segera berpindah sekiranya diarahkan.

“Peka amaran bencana agar sentiasa bersiap siaga. Pastikan anda rujuk maklumat terkini dari sumber yang sahih,” katanya.

Ujarnya lagi, pengguna jalan raya turut dinasihati agar sentiasa peka dengan amaran dan rujuk maklumat bencana sebelum memulakan perjalanan masing-masing.

“Untuk makluman dan pertanyaan, orang ramai bole hubungi Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) JKR di talian 03-26107727 atau rujuk laman web http://bencanaalam.jkr.gov.my atau twitter @CSFJ_JKR,” katanya. - Getaran, 16 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Maut Lori Bertembung

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Balak Maut Digilis Jentera Berat

4

Semasa 1 bulan yang lalu

701 Termasuk 22 Wanita Ditahan Atas Kesalahan Berkaitan Dadah

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Jutawan Muda Hasil Niaga Matawang Asing, Beli-Belah Dalam Talian

Semasa 3 jam yang lalu

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Semasa 8 jam yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Akan Diperincikan Semasa Pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis