web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Angka Maut Meningkat Kepada 19 Orang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 6:27PM

Keadaan tapak kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Seorang lagi mangsa dikesan tertimbus dalam runtuhan tanah di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya di sini, menjadikan keseluruhan mangsa yang meninggal dunia kepada 19 orang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, bagaimanapun mangsa ke-19 tersebut masih cuba dibawa keluar oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian.

“Mangsa dikesan di Sektor C iaitu di Riverside kira-kira jam 5 petang tadi namun kerja membawa keluar mangsa masih lagi dijalankan setakat ini.

“Ia menjadikan keseluruhan mangsa setakat ini yang ditemui meninggal dunia adalah 19 orang,” katanya pada sidang media di sini, petang ini.

Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat berhadapan kesukaran kerana mangsa dipercayai dibawa oleh pergerakan tanah jauh daripada kedudukan sebenar mereka.

“Mangsa dipercayai bergerak sekitar 50 hingga 100 meter daripada kedudukan sebenar mereka selain tertimbus pada kedalaman hampir satu meter,” katanya.

Jelas beliau, berdasarkan maklumat terdapat 93 mangsa berada di tapak perkhemahan tersebut yang terbahagi kepada tiga sektor iaitu Hill view, Farm view dan Riverside.

Katanya, seramai 40 mangsa berada di sektor A iaitu Hill view, Farm view (14) manakala 40 lagi di Riverside.

“Mangsa yang meninggal dunia masing-masing 16 di Hill view dan tiga di Riverside.

“Daripada jumlah tersebut, empat daripada mangsa yang ditemui adalah kanak-kanak dan semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, seramai 94 pengunjung berada di tapak perkhemahan tersebut termasuk seorang operator namun 19 daripadanya disahkan meninggal dunia setakat jam 5.30 petang ini.

Daripada jumlah tersebut seramai 53 mangsa terselamat dengan dua daripadanya cedera dan kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di pusat perubatan berhampiran. - Getaran, 16 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan