web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM, MB Selangor Turun Ke Lokasi Tanah Runtuh Malam Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 3:00PM

Anggota penyelamat sedang bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja pencarian dan menyelamat mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father's Organic Farm, di Gohtong Jaya, Batang Kali, malam tadi. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan melawat lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father's Organic Farm, di Gohtong Jaya, Batang Kali, malam ini.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam lawatan tersebut.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan bagi mengesan 17 mangsa yang masih belum ditemui setakat ini.

Amirudin Shari - Gambar fail
Amirudin Shari - Gambar fail

“Agensi kerajaan turun ke lokasi kejadian pagi tadi bagi mengkoordinasikan segala bantuan yang diperlukan dari pihak kerajaan Selangor melalui penyelarasan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dengan agensi berkaitan agar mangsa yang belum dikesan dapat dicari secepat mungkin.

“Saya akan turun ke lokasi kejadian malam ini bersama Perdana Menteri dan memohon doa daripada seluruh rakyat agar pasukan mencari dan menyelamat dilindungi Allah SWT supaya setiap mangsa yang belum dikesan dapat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi itu.

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi, didapati seramai 94 mangsa berada di kawasan tersebut dengan 60 daripadanya melibatkan 46 pengunjung serta 14 pekerja berjaya diselamatkan.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga 12 mangsa yang meninggal dunia akibat tragedi ini. Mangsa maut terdiri daripada tiga kanak-kanak, tujuh wanita, dan dua lelaki,” katanya.

Sementara itu, setakat jam 1 tengah hari tadi, polis mengesahkan 16 mangsa yang dipercayai berada di tapak perkhemahan tersebut maut manakala 17 lagi masih belum ditemui.

Terdahulu, Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis, dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.24 pagi.

Beliau berkata, ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar (1.21 hektar). - Getaran, 16 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad