Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Menteri Dan Timbalan Luah Sedih, Berdoa Misi Menyelamat Dipermudah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 11:23AM

Antara mangsa tanah runtuh yang berjaya diselamatkan tiba di Balai Polis Hulu Yam Bharu selepas dibawa keluar daripada lokasi kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Khabar duka insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor pagi ini yang menyaksikan ratusan orang terperangkap, turut mengejutkan dan mengundang kesedihan beberapa anggota Kabinet.

Menerusi Facebook masing-masing, mereka meluahkan simpati serta berharap operasi misi mencari dan menyelamat mangsa dipermudahkan.

Antaranya Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang berdoa semua mangsa yang belum ditemui dapat dijumpai dengan selamat.

“Pasukan dari Kementerian Kerja Raya sedang berada di lokasi bagi mendapatkan laporan terperinci lokasi kejadian dan menyalurkan bantuan atas kapasiti kementerian ini.

“Saya sendiri akan turun meninjau kawasan terbabit hari ini,” katanya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, beliau terkejut dengan berita sedih itu dan hingga kini, pihak berkuasa masih bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa kejadian terbabit.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa yang cedera dan kehilangan nyawa.

“Bersamalah kita titipkan doa semoga baki mangsa yang terlibat dapat diselamatkan. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Manakala, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap ahli keluarga mangsa bersabar dan memberikan maklumat yang diperlukan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Semoga usaha menyelamat diperhebatkan hari ini secara bersepadu di kawasan tanah runtuh di #GentingHighlands libatkan sekitar 100 #rakyat.

“Diharap keluarga terlibat bersabar dan beri maklumat kepada polis. Diharap agensi berkaitan segera bertindak.

Perdana Menteri sudah mengarahkan misi mencari dan menyelamat mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berhampiran jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands, dijalankan secara rapi dan sistematik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau turut meminta beberapa menteri yang dimaklumkan akan turun ke lokasi hari ini, tidak mengganggu kerja mencari dan menyelamat.

Setakat ini, lapan disahkan meninggal dunia dan tujuh cedera setakat jam 9.15 pagi ini dalam kejadian itu.

Seramai 92 mangsa ditemui, dengan 53 daripadanya selamat ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi ini dan tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang, BBP Genting Highlands, BBP Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas digegaskan ke lokasi.

Beliau berkata tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik itu menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan. 

“Maklumat awal pihak polis terdapat 100 orang yang berada di tapak perkhemahan itu yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.

“Ketika ini misi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan bersama pasukan STORM,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini,” katanya. – Getaran, 16 Disember 2022

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

 Kompleks Makan Dinaik Taraf, Penjaja Gembira, Pelanggan Bertambah

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

Semasa 8 jam yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

oleh Diyana Nawwar

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas