web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kilang Proses Peleburan Logam Haram Diserbu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 10:22AM

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak menyerbu sebuah kilang yang dikesan menjalankan aktiviti peleburan logam secara haram di sebuah ladang kelapa sawit - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak menyerbu sebuah kilang yang dikesan menjalankan aktiviti peleburan logam secara haram di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Tasek Perkasa dan Kampung Bekor di sini petang semalam. 

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Teh Kok Lim berkata siasatan awal JAS mendapati kilang berkenaan dipercayai menjalankan aktiviti peleburan logam dengan menggunakan buangan terjadual SW110 (elektrik dan elektrikal) sebagai satu daripada bahan mentah. 

"Premis ini kali pertama diserbu sejak beroperasi empat bulan lepas dan didapati tiada dalam senarai lesen sah untuk beroperasi, namun kita masih tidak dapat mengesan pemilik premis dan mengambil pendekatan mengesan pemilik tanah mengikut undang-undang sedia ada.

“JAS telah memantau kilang ini sejak 29 Nov lepas dan mereka hanya beroperasi pada waktu malam bagi mengaburi  pihak berkuasa, malah disyaki turut menggajikan pekerja asing apabila terdapat rumah-rumah kongsi di kawasan ini," katanya pada sidang media selepas Op Bersepadu Kilang Haram di Kuala Kangsar semalam. 

Operasi bersepadu bermula 4.30 petang dan berakhir kira-kira 7 malam itu dijalankan bersama polis, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Kangsar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Jabatan Imigresen Malaysia Perak dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), namun tiada sebarang tangkapan dibuat.

Sementara itu, Pengarah JAS Perak Rosli Zul berkata sampel daripada timbunan sisa peleburan akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti bahan buangan itu sebelum tindakan lanjut diambil.

"Pihak JAS akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu menjalankan aktiviti tanpa kelulusan JAS dan Seksyen 19 akta sama kerana membina bangunan tanpa kelulusan. 

"JAS juga akan menggunakan Seksyen 34A(2) akta sama iaitu tidak mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), malah kita turut akan mengambil tindakan mengikut Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan Peraturan-peraturan Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005," katanya. 

Beliau berkata pihak PTD pula akan mengenal pasti pemilik tanah untuk menjalankan siasatan lanjut sekali gus mengenal pasti individu yang terlibat mengikut Kanun Tanah Negara (Akta 828).

Sewaktu serbuan, kilang yang terletak lebih dua kilometer dari jalan utama itu bagaimanapun telah dikosongkan dan hanya meninggalkan peralatan, jentera dan sisa bahan yang telah diproses. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad