web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Terbabit Cubaan Rogol Diburu Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 8:20PM

Lakaran lelaki yang disyaki cuba merogol seorang wanita di Temerloh, Pahang pada 9 Disember lalu. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menjejak seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan merogol wanita warga tempatan berumur 27 tahun di Taman Tasik Kubang Gajah, Temerloh, Pahang, pada 9 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Assisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa didatangi seorang lelaki selepas bersenam.

“Semasa mangsa selesai membuat senaman di laluan pejalan kaki di sekitar Taman Tasik Kubang Gajah, dia didatangi seorang lelaki yang memakai pelitup muka dan cuba melakukan rogol ke atas mangsa,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, mangsa berjaya melepaskan diri daripada suspek dan terus ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kejadian itu.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 375/511 Kanun Keseksaan, iaitu cubaan melakukan rogol,” katanya.

Mohd Azhar berkata, berdasarkan hasil siasatan kes, polis membuat lakaran gambar suspek dan menghebahkannya kepada orang awam bagi membantu siasatan.

Katanya, lelaki itu dipercayai berusia awal 30-an dengan ketinggian 170 sentimeter dan berkulit gelap.

Pada masa sama, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu, diminta menyalurkannya di balai polis berhampiran.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika beriadah, terutamanya pada lewat petang dan tempat sunyi seperti taman rekreasi, taman tasik dan seumpamanya.

“Polis turut menyarankan orang ramai untuk beriadah secara berkumpulan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku - Getaran 13 Disember 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi